Nufnang

Pengikut

Selasa, 22 Mac 2011

Pentingnya kepercayaan yang diberi pasangan

Mengapa ada orang yang kerap sukar untuk mempercayai orang lain?
Dan mengapa masih ada pasangan yang tidak mempercayai suami atau isteri walaupun setelah hidup bersama sekian lama?

Mungkin juga sebab kerap menyebut perkara-perkara yang kadangkala menyentuh hati pasangan.
Bak kata pepatah inggeris ' You're what you say'. Orang akan dinilai dari perkataannya, dan kepercayaan ( trustworthiness) diperolehi dari kata-kata dan perbuatan yang dilakukan.

Wajah, penampilan, kekayaan, pangkat dan sebagainya hanya alat untuk mempengaruhi atau memujuk orang

sahaja. Pernah terjadi seorang wanita menolak sebuah lamaran 'mewah' dari seorang yang tampan, ayahnya kaya, ibunya berjawatan tinggi tapi dia menolaknya kerana kata-katanya tidak boleh dipakai dan janjinya tidak boleh dipegang.

Suami isteri sekalipun pun bukan senang nak memupuk kepercayaan.
Jika si isteri telah memberi kepercayaan sepenuhnya pada suami untuk bekerja dengan bebas tanpa kongkongan dan tanpa banyak soal, harapan isteri si suami pandai-pandailah menjaga tatasusila ditempat kerja.

Tentu isterinya tak suka jika si suami bergaul dengan bebas dengan rakan-rakan sekerja wanita ditempatnya bekerja. Sisuami patutnya tahu akan batasan pergaulannya yang boleh dan tak boleh supaya isteri tak menyimpan syak wasangka terhadap suami. Jika si suami selalu ber sms dan berchit-chat di Facebook apalagi jika diselingi dengan sms lucah dengan kenalan wanita lama dan baru, mana mungkin si isteri akan percaya begitu sahaja. Entah apa yang boleh dibuat suami di belakangnya pula.

Biasanya apabila isteri telah dikhianati walaupun sekali, peluang untuk isteri untuk kembali mempercayai suaminya telah kurang atau mungkin hilang. Hal inilah yang biasa terjadi. Hubungan tidak lagi harmoni, isteri selalu mencurigai suami dan suami pula buat hal sendiri. Semakin jauhlah jurang mereka.

Untuk memperbaiki ketidak percayaan seperti ini, komunikasi antara suami isteri amatlah penting.

Kepercayaan merupakan asas kukuh sebuah hubungan yang berjaya, sama ada dalam hubungan peribadi, organisasi, perusahaan, kemasyarakatan, hingga kepemerintahan.
Tiada kepercayaan membuatkan kita membuang banyak waktu dan tenaga untuk melindungi diri, meragukan, menyiasat, menimbang, menyesuaikan, dan dalam banyak kes terpaksa pula menggunakan khidmat peguam.

Dengan adanya kepercayaan kepada orang lain atau pasangan, ia merupakan cermin adanya kepercayaan kepada diri sendiri. Ketidak percayaan akan menjadi racun yang boleh mengganggu hubungan dan membatalkan kemungkinan untuk berjaya, dan juga merosakkan kesihatan.

Redford William, seorang pengarah penyelidikan sikap manusia di Duke University Medical Centre mengatakan, semakin kecil lingkaran kepercayaan seseorang itu, maka semakin besar kecenderungan orang tersebut untuk marah, tersinggung, jengkel, sinis, menyalahkan orang lain.

Ketidak percayaan yang kronik juga boleh menyebabkan permusuhan, membawa akibat buruk terhadap jantung, dan boleh menyebabkan serangan jantung yang serius.
Binalah kepercayaan anda terhadap pasangan dan orang-orang disekitar anda agar hidup harmoni dan sejahtera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan