Nufnang

Pengikut

Rabu, 9 Mac 2011

Persediaan menyambut kelahiran

Ramai ibu terutama bagi yang hamil anak sulung, kurang mengetahui macam mana mahu membuat persediaan untuk menyambut dan menghadapi kelahiran bayi. Ada yang dah tinggal tunggu masa bersalin baru nak beli barang-barang keperluan.

Pastikan anda mambuat senarai barang-barang yang diperlukan untuk mengelakkan keciciran.

Antara barang-barang yang perlu dibawa ke hospital ialah seperti berikut :

- Tuala/towel mandi.

- Tuala wanita/modes/pad.

- Cawan, pinggan, sudu, termos.

- Kain batik, dan t-shirt longgar (pakaian 2 helai). Pakaian tersebut mestilah sesuai kerana selepas bersalin, akan terdapat kesan luka/koyak dan jahitan pada Vagina. Pakaian yang mudah akan dapat memudahkan anda mengganti tuala wanita dan mencuci alat sulit (swabbing).

- Lampin pakai buang bayi. Jika susah bagi ibu untuk menggunakan lampin, basahkan tisu dan lap punggung bayi sebersihnya ditempat pembaringannya. Tidak usah dibawa kebilik air ianya akan membahayakan bayi dan ibu kerana ibu belum kuat untuk banyak bergerak.



- Pakaian bayi. Pilihan dari kain kapas atau sintetik pastikan ada rongga-rongga udara kerana takut bayi terlalu panas. Jangan membeli terlalu banyak nanti membazir sebab bayi anda akan cepat membesar. Elakkan membeli topi atau tutup kepala yang diikat pada leher kerana dikuatiri akan menjerut leher bayi semasa ia bergerak atau berpusing.

- Peralatan tidur. Peralatan tidur bayi memadai satu bantal dan dua bantal sendal kiri dan kanan, biarkan bayi mengereng sedikit supaya bila bayi termuntah, muntahan itu takkan masuk keparu-paru yang boleh menyebabkan bayi lemas.

- Bahan tradisional untuk ibu dan bayi. Pastikan ianya tiada mengandungi steroid dan tidak merengsakan kulit bayi. Sebaiknya ibu yang akan menyusukan bayi jangan mibum ubat-ubatan tradisional dahulu, tunggu sehingga bayi sudah agak besar, ibu boleh menggunakan tapal diperut yang boleh dibuat sendiri dan pilis didahi untuk melegakan sakit kepala dan menyejukkan badan.

Untuk menyenangkan urusan ikuti saja panduan dibawah ini, antara langkah-langkah yang perlu diketahui 
ialah :

1. Jangan panik jika tanda-tanda bersalin tiba, antaranya : Rasa sakit dibahagian atas perut sehingga ketulang belakang dan rasa sakit itu semakin meningkat kekerapan dan kesakitannya.

2. Keluar darah dan lendir dengan tiba-tiba.

3. Turun air/pecah air ketuban.

Sudah tiba masanya untuk ke hospital bagi pemeriksaan pengesahan.
 


Langkah-langkah yang perlu diambil oleh suami pula :

Pada hari pertama selepas melahirkan isteri masih lemah. Cuba beri sokongan moral, ia akan dapat membantu isteri agar lebih kuat dan cepat sembuh.

Berilah 100% perhatian dan perangsang kepada isteri anda. ketika ini kasih sayang dan cinta anda amatlah diperlukan oleh isteri. Masaklah atau belikan makanan kegemaran isteri. Jangan takut untuk memegang dan menyentuh bayi. Paling afdal jika suami sendiri yang mengazankan dan iqamatkan bayi. Pada masa inilah isteri anda amat perlukan belaian kasih sayang dari anda.

Selepas doktor berpuas hati dengan keadaan bayi dan ibu, bayi akan diperiksa sebelum diserahkan kepada ibu. Doktor akan mengenal pasti masalah atau kecacatan sekiranya ada. 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan