Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Jumaat, 11 Mac 2011

Petua mendapatkan anak lelaki

Pada post saya yang lalu, saya dah tulis petua tentang petua mendapatkan anak perempuan.
Kali ini kita kan bincangkan petua untuk mendapatkan anak lelaki pula.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan kromosom Y. Sedangkan benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung pada percantuman kromosom sama ada XY ( anak lelaki), atau XX ( anak perempuan ).

Untuk mendapatkan anak lelaki lakukanlah bertentangan dengan petua cara mendapatkan anak perempuan.
Iaitu :
1. Jauhi makanan yang mengandungi asid/masam, seperti buah limau, nenas, mangga, cuka, dan minuman berkarbonat/bergas selama 2 bulan sebelum mencuba hamil.
Banyakkan makan-makanan laut, seperti sotong, udang, kerang. 
Banyakkan juga makanan yang mengandungi kalsium dan magnesium. 

2. Hubungan seksual mesti dilakukan pada masa subur, macam mana nak mengira masa subur isteri telah saya sentuh di post saya petua mendapatkan anak perempuan. Iaitu hari ke 10 hingga ke 18 dikira dari haid pertama adalah masa subur isteri.

3. Melakukan douching atau basuh vagina/faraj dengan air yang mengandungi alkali menggunakan alat khas (biasanya ada dijual di farmasi atau tanyakan doktor anda).

Petua orang lama : Suami digalakkan makan ulam-ulaman pahit seperti pegaga, peria dan sebagainya. Dan elakkan makan buah-buahan masam.

Apapun yang Allah beri kepada kita mengandungi hikmat dan nikmat yang tersendiri, lelaki atau perempuan anak yang diberi bersyukurlah kerana ramai yang langsung tak ada anak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan:

  1. boleh tak beri kan petua mcm mn nak dapatkan anak kembar

    BalasPadam