Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Selasa, 15 Mac 2011

Tanda-tanda berbahaya pada bayi baru lahir

Apa kabar semua....
Laman petua kali ini akan membincangkan masalah yang mungkin dialami oleh New Born Baby.

Beberapa tanda yang merbahaya pada bayi yang baru lahir atau New born baby, antaranya :

1. Menangis berterusan dan tidak berhenti.

Jika bayi menangis berterusan dan tak mahu berhenti selepas puas dipujuk, diberi susu, dan pelbagai lagi usaha yang dilakukan untuk menenangkannya, jika berhentipun hanya apabila sudah kepenatan. 
Mungkin disebabkan disebabkan oleh sakit perut.

Mungkin perut menjadi kembung kerana telah banyak angin  dalam usus.
'Colic' atau penghadaman yang tidak sempurna boleh menyebabkan perut kembung.
Ada juga kes usus terbelit atau tertusuk ( interseption ). Keadaan ini kritikal dan perlu perhatian yang serius.

2. Terlalu banyak tidur dan enggan bangun.

Bayi yang terlalu banyak tidur dan lemah serta enggan menyusu, mungkin terdapat sesuatu yang tidak kena padanya. Sebab bayi yang terlalu banyak tidur tak berapa elok.
Mungkin lemah disebabkan oleh kurang gula dalam darah disebabkan tidak mahu menyusu sehingga kehilangan tenaga dan lemah.

Perlu dikenal pasti kenapa bayi tidak mahu menyusu, bayi yang sumbing lelangitnya mungkin tak dapat menelan dengan baik dan tanyalah doktor anda untuk nasihat cara penyusuan yang berkesan.
Kemudian pembedahan yang sesuai dibuat bagi menutup lelangit dan bibir sumbing.

3. Berat badan tidak bertambah selepas 2 minggu atau makin berkurangan.

Jika berat badan bayi tidak juga bertambah malahan semakin berkurangan, perlu diperiksa apakah penyebabnya. Bawalah bayi berjumpa dengan pediatric supaya segala masalah dapat dikenal pasti.

4. Tidak kencing dan buang air besar.



Sekiranya bayi tidak kencing, ini menunjukkan sama ada bayi mengalami dehidrasi (kekurangan cecair dalam tubuh), ataupun kekeringan.
Sekiranya tidak cukup air, bayi tidak kencing, resah dan menangis tanpa air mata.
Keadaan ini bahaya kerana boleh merosakkan buah pinggang.

5. Buang air besar bercampur darah dan muntah.

Hal ini perlu diperiksa dengan rapi bagi mengelakkan masalah dalam perut menjadi lebih serius lagi.
Mungkin terdapat luka atau cedera dalam perut bayi, yang perlu diperiksa oleh doktor pakar untuk mengenal pasti masalah yang dialami bayi.

6. Kuning pada kulit bayi.

Jika bayi mengalami penyakit kuning atau jaundis, maka bayi mesti mendapatkan rawatan dengan segera.
Doktor akan memeriksa darah bayi untuk menentukan tahap kekuningan pada bayi.
Jika terlalu tinggi bayi akan segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Jika tidak segera dirawat, kemungkinan bayi akan mengalami kerosakan otak.

7. Muntah terlalu banyak.

Sebabnya :
- Saluran tekak bayi amat pendek, manakala perut yang penuh menybabkan makanan ditolak keatas semula.
Apabila bayi membesar, saluran tekak menjadi panjang dan bayi tidak lagi muntah-muntah.

- Saiz perut bayi kecil dan apabila menyusu dengan cepat, perut tidak dapat mengembang dengan cepat dan tekanan dalam perut menjadi tinggi, hal ini meyebabkan bayi muntah.

Tetapi jika bayi muntah terlalu banyak dan tidak berhenti, perlu diperiksa dan dibawa ke hospital.
Apalagi jika disertai dengan perut kembung dan keras. 

8.  Pusat berbau busuk dan tidak sembuh (berair).

Tali pusat yang sihat tidak berbau, kering dan jatuh sendiri.
Sebaiknya cucilah pusat bayi dengan ubat yang dibekalkan hospital.
Jika pusat bayi berbau busuk dan tidak juga kering selepas dua minggu maka bayi perlu dibawa ke hospital.

9. Bagi bayi lelaki adakalanya buah zakar tidak berada dalam kerandut.

Jika buah zakar bayi tidak terdapat dalam kerandut zakar, mungkin buah zakar terhalang oleh tisu-tisu lain.
Sekiranya hal ini berlaku, jangan dibiarkan sebab ianya akan menyebabkan kerosakan zakar dan mungkin juga kemandulan apabila bayi itu dewasa.

Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengatasinya.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan:

  1. cara merawat pusat yang tidak sembuh

    BalasPadam