Nufnang

Pengikut

Sabtu, 19 Mac 2011

Petua memakai pemerah pipi atau blusher yang betul

Jika memakai pemerah pipi atau blusher, jangan terlalu terang sehingga wajah kelihatan seperti badut.
Mengaplikasikan pemerah pipi yang betul akan lebih mencantikkan wajah anda, dan akan terlihat cantik semula jadi.

Petua  memakai  pemerah pipi atau blusher yang betul :

1. Blusher jenis serbuk.

Paling sesuai digunakan selepas memakai bedak debu atau loose powder. Ia akan melapisi bedak debu sekaligus membuatkan solekan gebu bersinar. Gunakan berus pemerah pipi kemudian sapukan ditulang pipi, jangan terlalu tebal cukup dengan sapuan nipis dan rata.

- Gunakan berus kecil untuksapuan sederhana pada tulang pipi, dimulakan dari pelipis ke arah hidungselebar 2 inci.


- Untuk memberikan penegasan pada bahagian tulang pipi, oles sekali lagi pemerah pipi dengan menggunakan warna yang lebih pekat selebar satu inci.

2. Blusher jenis krim.

Blusher jenis ini mampu memberikan kesan emosi yang mendalam selain cepat habis jika tak jimat cermat menggunakannya.Boleh diaplikasikan selepas memakai bedak asas iaitu sebelum menggunakan bedak debu. Mulakan dari garisan tulang pipi keatas.

- Calit sedikit pemerah pipi dari bekas dan sapu di permukaan pipi. Pastikan
anda dalam keadaan tersenyum agar tulang pipi timbul. Perlahan-lahan oles pemerah pipi tersebut menggunakan jari.

- Mulakan dengan jumlah yang sedikit sahaja, jika terlalu nipis boleh ditambah kemudian. Jangan terlalu tebal dan pilihlah warna yang lembut, elakkan warna yang terang.

- Oleskan dengan sebati, supaya tidak ada kesan tompokan warna yang tidak sekata.

- Kebanyakan jurusolek menggunakan span atau untuk mengaplikasikan blusher jenis ini.


Rahsia pemerah pipi :

1. Semasa menyapu pemerah pipi atau blusher, tidak boleh dioles terlalu rendah  dari bahagian tulang pipi dan penghujung hidung.

2. Sapuan blusher berlebihan akan menyebabkan wajah anda hilang keasliannya, sapuan hendaklah pada sekitar tulang pipi sahaja dan tidak melebihi atau terlalu dekat dengan bahagian tengah muka atau sudut sisi mata.

3. Sapuan blusher jangan melebihi bahagian pelipis hingga sekitar telinga dan sisi dahi.

4. Warna-warna pekat adalah sesuai untuk solekan malam, jangan gnakan ketika siang hari.
Sebaliknya pilihlah warna-warna lembut seperti merah jambu, oren muda, untuk ke majlis disiang hari.

5. Warna-warna merah hangat lebih sesuai untuk kulit jenis kuning langsat, bagi anda yang berkulit gelap jangan cuba-cuba berani menggunakan warna ini. Oren muda dan merah ros lebih sesuai untuk yang berkulit pucat.

6. Anda perlu bijak memilih warna-warna yang sesuai untuk memberi bayang atau ton warna pada tulang pipi.
Seeloknya pilih dua warna yang berbeza iaitu warna cerah dan gelap untuk membentuknya.

7. Blusher yang disapu rata ditulang pipi akan mampu menyerlahkan kecantikan dan keanggunan seseorang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan