Nufnang

Pengikut

Sabtu, 30 April 2011

Risiko kehamilan kembar

Ibu yang sudah didiagnosis dengan khamilan kembar memerlukan lebih banyak lagi bekalan makanan yang berzat kepada bayi yang dikandung terutama zat besi, untuk membina darah dan vitamin serta asid folic.

Pil zat besi dan asid folic mesti dimakan oleh ibu yang sedang mengalami kehamilan kembar. Jika tidak ibu akan mengalami kekurangan darah kerana zat besi dan zat asid folic dalam tubuhnya akan diiambil oleh bayi dalam kandungan untuk membina darahnya sendiri.

Masalah kekurangan darah ini boleh membahayakan ibu dan bayi ketika bersalin jika dibiarkan.
Ini kerana tumpah darah selepas bersalin kerap berlaku pada kehamilan kembar berbanding dengan kehamilan biasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 29 April 2011

Petua menjadi lelaki pilihan

Sebelum ini saya dah sentuh tentang petua menjadi isteri pilihan.
Kali ini saya akan menyentuh pulak macam mana nak menjadi lelaki atau suami pilihan dan sentiasa menjadi idaman isteri.

Petua menjadi lelaki atau suami pilihan antaranya :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama. Berhemah tinggi dan cermat.
3. Dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami ialah yang bersikap baik kepada isterinya.
4. Mempunyai sifat berjuang untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
5. Sentiasa tenang dan waspada.
6. Selalu bertaubat dan membanyakkan amalan-amalan sunat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 28 April 2011

Petua menjadi isteri pilihan

Ada beberapa petua yang boleh menjadi panduan kita untuk yang ingin menjadi isteri pilihan dan idaman suami.
Bukan bererti kita terlalu mengagungkan suami, Allah mesti berada ditempat pertama dalam hati kita.
Tetapi sebagai wanita sudah menjadi kewajipan kita untuk taat dan setia pada suami atau isteri.

Semua yang kita lakukan di dunia ini akan mendapat balasannya di akhirat nanti baik ataupun buruk.
Jika kita bersabar atas segala dugaan yang datang, Allah akan menempatkan kita dalam golongan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.....

Petua menjadi isteri pilihan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 27 April 2011

Menyingkap rahsia lelaki dari warna kegemarannya

Menurut kajian oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al Haj, rahsia lelaki boleh disingkap melalui warna kegemarannya.
Apakah warna kegemaran teman lelaki, atau suami anda?

1. Jika dia suka warna ungu.

Dia ialah seorang yang suka memburu kejayaan dan amat positif dalam pemikiran.
Usahlah anda berkecil hati sangat dengan sikapnya yang kadangkala seperti mementingkan diri sendiri.
Sebenarnya dia serabut untuk membina langkah-langkah kejayaan. Fahamilah dia....

2. jika dia suka warna biru tua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 26 April 2011

Tips agar disayangi isteri atau suami

Manusia mana yang tidak mahu disayangi sepenuhnya, tetapi bukan hanya wanita sahaja yang perlu berusaha untuk menambat dan menjaga hati suami. Suami pun kena pandai juga menjaga dan menambat hati isteri agar hubungan mesra yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sebenarnya kaum wanita tak terlalu banyak menuntut dari suami. Apa yang isteri perlukan ialah belaian kasih sayang dari suaminya, diperlakukan dengan baik dan lemah lembut buakannya asyik menengking 24 jam. Macam tu juga yang suami perlukan dari isterinya.

Ikuti tips di bawah ini untuk menambat hati isteri atau suami :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Barah Payudara atau Breast Cancer

Barah Payudara atau Breast Cancer bermakna sesetengah sel di dalam Payudara membesar secara luar biasa.
Sel barah berlainan dari sel biasa, ianya membahagi dan membesar secara cepat dan menyerang tisu-tisu yang sihat disekelilingnya.

Barah Payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di dunia selain Barah Rahim.

Gejala-gejala kanser payudara :

1. Gumpalan atau penebalan pada payudara atau pada bahagian bawah lengan.

2. Perubahan dalam saiz atau bentuk payudara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 25 April 2011

Kenali apa itu Andropaus

Andropaus ialah keadaan dimana menurunnya kadar hormon testosteron atau hormon lelaki.
Keadaan ini menyebabkan beberapa masalah dikalangan lelaki.

Kajian yang dilakukan di Negara - Negara Barat menunjukkan bahwa 10-15% lelaki mula mengalami Andropaus pada usia 60 tahun, sedangkan 54% lelaki menunjukkan gejala Andropaus dalam lingkungan umur 60-90 tahun.

Gejala atau tanda-tanda Andropaus :

1. Menurunnya ghairah seksual dan kemampuan ereksi.

2. Perubahan emosional seperti cepat marah atau depresi, merasa kepanasan, pening kepala, berdebar dan perubahan pada kulit, mudah lelah dan menurunnya kemampuan intelektual, atau mudah lupa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 24 April 2011

Perlukah mengungkit masa lalu?

Setiap manusia tentu saja mempunyai masa lalu. Dan masa lalu itu tidak semuanya indah dan bagus. Apalagi jika berkait dengan masa lalu pasangan (suami atau isteri) kita.

Tentu saja ada dari ceita masa lalu dia yang kita tak suka dan tak berkenan dihati kita untuk mengungkitnya. Bahkan mungkin sukar sekali untuk dilupakan yang kadang kala akan menmbayangi kehidupan seharian kita.

Macam mana caranya untuk kita berlapang dada dan menerima masa lalu pasangan ? Ada beberapa cara iaitu :

1. Melupakan masa lalu hitam pasangan sekiranya ada.

Mungkin sebelum bertemu dengan kekasih sejati anda mengalami beberapa hal yang menyakitkan. Menurut pengarang buku ' Divorce Busting' Michele Weiner-Davis, nasihat terburuk bagi pasangan yang baru berkahwin adalah terbuka terhadap semua hal yang terjadi di masa lalu mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 23 April 2011

Kenali apa itu Fibroid

Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang terjadi di dalam rahim wanita. Fibroid ini biasanya terjadi di sebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.

Wanita mempunyai dua jenis hormon iaitu :

- Estrogen
- Progesteron.

Biasanya Estrogen meningkat naik selepas haid dan paras Progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas haid sehingga tempoh haid yang akan datang. Keadaan ini kadangkala menyebabkan salah satu hormon menjadi kurang atau tidak seimbang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 22 April 2011

Cara menghindari salah faham

Untuk menghindari salah faham antara pasangan atau suami isteri memerlukan kemahiran berkomunikasi yang baik. Sebab selalu sahaja hal-hal yang dianggap remeh menjadi punca pertengkaran dan salah faham.

Cara-cara untuk menghindari salah faham antaranya :

1. Jadikan pasangan anda sebagai sahabat sejati.

Sebagai sahabat, anda akan menjadi lebih sabar, baik hati, dan bersedia memahami kekurangan pasangan anda. Kerana dengan adanya sifat tersebut keintiman dan hubungan yang mesra akan terwujud.

2. Kebalkan diri terhadap kritikan yang datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 21 April 2011

Tips Perkahwinan bahagia

Menurut Robert H.Sculler,  ada beberapa tips untuk menjaga agar perkahwinan sentiasa bahagia :

1. Perhatikan tingkah laku anda.

Dan yang paling penting dalam tingkah alku adalah Saling menghargai ( respect ). Walau kelihatannya sederhana, tetapi perilaku ini adalah langkah awal yang baik untuk menciptakan kehidupan berumahtangga yang benar-benar bahagia. Jaga tingkah laku dan perkataan yang tidak baik terhadap pasangan anda.

2. Jangan berhenti bercinta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 20 April 2011

Petua mengatur kewangan untuk pasangan baru berkahwin

Pasangan yang baru berkahwin perlu mengatur kewangan agar kehidupan berumah tangga dapat dijalani dengan sejahtera.
Kemahiran mengatur kewangan ini diperlukan agar pendapatan yang diperolehi masih dapat digunakan untuk menabung..

Petua-petua mengatur kewangan :

1. Menabung sebanyak 15-20% dari pendapatan anda. Dengan hidup berdua pengeluaran anda akan berkurang dan anda akan memiliki kesempatan untuk menabung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 19 April 2011

Perkara yang tak disukai suami

Isteri yang kuat merajuk, moody tak bertempat kadangkala memeningkan kepala suami. Lama-lama suami menjadi bengang dan malas melayan kerenah isteri. Isteri harus tahu bahawa apa yang dilakukan itu tidak disenangi suami.

Perkara-perkara yang tidak disukai suami antaranya :

1. Suka mengawal dan mengatur.

Wanita sememangnya suka mengawal dan mengatur banyak perkara, dari hal kewangan hinggalah kelakuan suaminya. tetapi janganlah berlebihan hingga membuatkan suami menjadi rimas dan merasa kena 'Queen control'. Suami mungkin lebih suka berjauhan dengan anda jika sikap anda begini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rahsia menjadi suami penyayang

Para suami diluar sana, yang nak jadi suami yang penyayang dan sentiasa disayangi isteri jangan pandang remeh isu ini. Ramai suami yang tak pandai nak menjaga hati isteri (bukan semuanya). Sebagai suami anda perlulah bersimpati terhadap isteri.

Kerja seorang suri rumah tak pernah habis dari pagi sampai malam. Cuba bayangkan tekanan perasaan yang mesti dihadapi isteri setiap hari. Mendidik anak, menguruskan hal anda, mengemas rumah, memasak, gosok baju dan lain-lain lagi pekerjaan.

Ada beberapa hal yang perlu dititik beratkan untuk menjadi suami penyayang :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 17 April 2011

SIHIR / PUKAU / SANTAU (Perisai kebal menghadapi ilmu hitam)

ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH


Takrif dan pengertiannya:
  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 16 April 2011

Gangguan Makhluk Halus

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN


A) Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
B) Berpunca Daripada Manusia

  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenali personaliti anda

UJIAN PERSONALITI

ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan 
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 15 April 2011

Mengenali Wanita melalui Zodiac

Pada post saya sebelum ni tentang mengenali lelaki melalui zodiac, kali ini saya buat post mengenali wanita melalui zodiac.
Bolehlah dibaca sebagai suka-suka sahaja, jangan dipercayai sepenuhnya....
CANCER
Ketika dia jatuh cinta, ia akan bertingkah seakan tidak pasti. Pertama, malu-malu dan buat-buat sopan didekat anda. Kedua, dia akan lekat macam belangkas dengan anda dan akan berusaha selalu berada didekat anda setiap masa. Dia akan berusaha untuk pulang bersama, atau makan siang dengan anda. Sebenarnya hal ini cukup OK, jika anda menyukainya juga.

Tapi jika tidak, tentunya anda akan merasa sangat terganggu. Dia benci dibicarakan dan digosipkan oleh orang lain. Jika tahu, maka ia akan sangat terluka. Sebetulnya dia pemalu, kecuali jika ia dipengaruhi zodiak lainnya. Dia bukan pemberani atau penentang, maka jika anda menyukainya, lebih baik anda mulakan dulu.
Dia menyukai musik dengan nada yang selalu berubah, maka pada saat tertentu dia bisa kelakar dan ceria, kemudian tiba-tiba dapat berubah menjadi sedih dan macam depresi pulak. Bagi orang tertentu, ia dapat terlihat “over acting” atau “over reacting” Ketika dia depresi, dia akan pergi keluar dan mencari benda-benda yang membuatnya merasa sedikit lega.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenali lelaki melalui Zodiac/bintang

Anda ingin tahu dan mengenali pasangan, suami kekasih anda dengan lebih dekat melalui zodiacnya? 
Info dibawah ini mungkin boleh membantu anda. Tetapi semua ini hanyalah sekedar suka-suka dan pedoman sahaja, jangan terlalu dipercayai..Hanya Allah yang mengetahui segalanya...


Aries

     Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja.

-      Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .
-      Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .
-      Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.
-      Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita.
-      Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.
-      Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 14 April 2011

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
Contoh: 07 09 1976
0+7=7
Maka kotak pertama adalah 7..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
0+7+0+9+1+9+7+6=39
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengesan tanda-tanda orang yang berbohong

Orang yang berbohong biasanya akan melakukan perkara-perkara dibawah ini.
Kecuali untuk orang yang memang sudah biasa berbohong, dia tak rasa apapun bila berbohong..
Macam mana nak mengetahui jika seseorang itu sedang berbohong kepada anda ?

Ini tanda-tandanya :

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 9 April 2011

Tips solekan yang betul

Tips solekan natural dan glamor dibawah ini boleh dijadikan panduan untuk anda yang ingin tampil berbeza dan menarik lain dari biasanya.

Tips solekan natural :

1. Cuci kulit wajah terlebih dahulu. Pastikan kulit betul-betul bersih agar solekan tampak segar dan lembut.

2. Gunakan bedak asas yang ringan atau pelembab lutsinar. Gunakan secara minimum supaya warna kulit rata dengan elok. Untuk penggunaan concealer, lebihkan pada kawasan yang bermasalah, terutama bahagian mata dan parut jerawat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 8 April 2011

Kenali peribadi melalui warna lipstik anda

Warna lipstik atau gincu bibir sering dikatakan berperanan mempamerkan personaliti diri anda yang sebenar.

Merah jambu/pink :

Warna merah jambu menunjukkan jiwa muda, warna merah jambu juga mampu menunjukkan pesona diri individu yang segar, menarik ,agresif, terlihat cantik pada pandangan mata kasar tanpa kehilangan kecantikan semula jadi.

Merah :

Warna merah akan lebih berkesan jika dipakai oleh wanita dewasa bagi menampakkan pengaruh dan kematangan. Merah secara visual mewakili sikap matang, berani, dan terbuka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...