Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Selasa, 26 April 2011

Barah Payudara atau Breast Cancer

Barah Payudara atau Breast Cancer bermakna sesetengah sel di dalam Payudara membesar secara luar biasa.
Sel barah berlainan dari sel biasa, ianya membahagi dan membesar secara cepat dan menyerang tisu-tisu yang sihat disekelilingnya.

Barah Payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di dunia selain Barah Rahim.

Gejala-gejala kanser payudara :

1. Gumpalan atau penebalan pada payudara atau pada bahagian bawah lengan.

2. Perubahan dalam saiz atau bentuk payudara.



3. Lelehan atau pendarahan dari puting payudara.

4. Perubahan dalam warna atau rasa kulit payudara, areola atau puting ( tercarik, berkedut/berkerut, atau berkuping/kudis).

5. Puting masuk kedalam.

Peringkat-peringkat Barah Payudara atau Breast Cancer :

1. Peringkat 1.

Barah Payudara pada peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan. Ketika barah mula membentuk, mungkin tidak terasa apa-apa. Sel-sel barah belum merebak diluar payudara dan ketumbuhan atau tumor diameternya tidak melebihi 2.5cm.

2. Peringkat 2.

Barah telah merebak ke bahagian nodus limfa ketiak dan tumor dalam payudara diameternya melebihi 2.5cm.

3. Peringkat 3.

Disebut juga barah lanjut setempat, tumor dalam payudara diameternya lebih dari 5cm. Atau telah melibatkan dinding dada atau kulit pelapis.
Barah menjangkau hingga ke nodus limfa ketiak.

4. Peringkat 4.

Peringkat ini disebut juga barah metastatik. Barah telah merebak dari payudara ke organ-organ badan yang lain seperti paru-paru, hati, otak dan tulang termasuk kumpulan nodus limfa yang lainnya.

Jika barah masih dalam peringkat awal, penyembuhan akan lebih cepat berlaku. Tetapi sebaliknya jika penyakit lambat dideteksi dan telah masuk ke peringkat akhir atau tahap 3 atau 4. Pesakit akan dibedah dan menjalani rawatan radioterapi, kimoterapi, dan ubat-ubatan jenis dadah lainnya.

Untuk menghindarinya, lakukan pemeriksaan berkala. Boleh dengan melakukan pemeriksaan sendiri terutama semasa haid dan selepas haid. Dan lakukanlah pemeriksaan memogram sekurang-kurangnya setahun sekali.

Mencegah lebih baik dari merawat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 ulasan:

  1. Btol tu..! Mencegah lebih baik dari merawat...

    BalasPadam
  2. Jiran saya ada yang terkena barah payudara ni, dah buat pembedahan dan dah ok...tapi takde sokongan keluarga...kesian dia srg2.tak thu nak tlg cam mane.....

    BalasPadam
  3. Apapun yang dah kena penyakit barah payudara ni kena banyak sabar....mesti ada hikmahnya...!

    BalasPadam