Nufnang

Pengikut

Jumaat, 22 April 2011

Cara menghindari salah faham

Untuk menghindari salah faham antara pasangan atau suami isteri memerlukan kemahiran berkomunikasi yang baik. Sebab selalu sahaja hal-hal yang dianggap remeh menjadi punca pertengkaran dan salah faham.

Cara-cara untuk menghindari salah faham antaranya :

1. Jadikan pasangan anda sebagai sahabat sejati.

Sebagai sahabat, anda akan menjadi lebih sabar, baik hati, dan bersedia memahami kekurangan pasangan anda. Kerana dengan adanya sifat tersebut keintiman dan hubungan yang mesra akan terwujud.

2. Kebalkan diri terhadap kritikan yang datang.


Anda dan pasangan akan menghabiskan banyak masa bersama, dan tak mustahil ada sahaja sindiran, usikan dan kritikan yang disengaja atau tak sengaja. Cara terbaik dalam menghadapinya ialah menerimanya dengan lapang dada dan tak menganggapnya sebagai sesuatu yang menyakitkan hati.

3. Bangkitkan penghargaan dan pijian terhadap pasangan anda.

Kehidupan anda dan pasangan selama ini mungkin agak keras, terlalu berterus terang, berjalan secara laju, perlulah menyalakan kembali api kehangatan iaitu dengan sikap lebih lembut, lebih pemurah, dan lebih kerap memberikan pujian baik atas penampilan mahupun tindakannya.

4. Hilangkan sifat mengongkong.

Jika anda mengongkong setiap kegiatan pasangan, maka akan timbul rasa ketidak adilan dalam hubungan anda yang nantinya akan membuat kecewa dan tekanan perasaan. Paangan anda akan merasakan kebencian dan ketegangan terhadap anda sedikit demi sedikit.

5. Mulailah dengan cara yang ramah.

Dalam keadaan apapun tetaplah bersikap ramah, yang boleh menjadi bahan utama untuk menumbuhkan perasaan hangat diantara anda dan pasangan.

6. Ada hikmat disebalik masalah dan kejadian.

Orang yang sabar dan bijaksana akan mencari hikmat disebalik semua masalah dan kejadian buruk ataupun baik yang telah menimpanya, dan akan berjaga-jaga agar kejadian sama tak berulang kembali. Pasti ada sesuatu yang positif di sebalik setiap kejadian sehingga anda tak perlu merasa menyesal atas segala sesuatu yang menimpa anda.

7. Saling berkongsi pengalaman baru.

Salah satu kunci keberkesanan hubungan adalah kesediaan untuk berkongsi pengalaman dengan pasangan dimana ia akan menjadi waktu-waktu berharga kepada anda berdua, terutama terhadap pasangan yang mampu memberikan respon yang positif.

8. Hargai sifat dan perasaan yang ada.

Setiap orang yang sedang bercinta akan menganggap setara dalam segala hal dengan pasangannya. Wujudkan saling menghargai, hubungan akan berkembang dengan baik jika kedua belah pihak memahami nilai, sifat, perasaan, dan sumbangan yang diberikan.

9. Jadilah pendengar yang baik.

Beri perhatian penuh terhadap pasangan yang sedang berbual dengan anda sangatlah penting. Kerana menjadi pengengar yang baik membuktikan anda mengambil berat akan perasaannya dan mengakui serta menghargai pandangan-pandangannya.

10. Selalulah setia terhadap pasangan anda.

Kesetiaan sangat diperlukan untuk menjaga perhubungan anda agar berkekalan, sekali dikhianati susah untuk pasangan mempercayai anda kembali. Hubungan akan menjadi dingin dan lama kelamaan kemungkinan pasangan akan bertindak untuk meninggalkan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 ulasan:

  1. Memang susah nak menghindari salah faham antara pasangan....

    BalasPadam
  2. Memang betul tu...kalau tak kena caranya semua asyik salah je...

    BalasPadam