Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Sabtu, 23 April 2011

Kenali apa itu Fibroid

Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang terjadi di dalam rahim wanita. Fibroid ini biasanya terjadi di sebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.

Wanita mempunyai dua jenis hormon iaitu :

- Estrogen
- Progesteron.

Biasanya Estrogen meningkat naik selepas haid dan paras Progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas haid sehingga tempoh haid yang akan datang. Keadaan ini kadangkala menyebabkan salah satu hormon menjadi kurang atau tidak seimbang.


Jika keadaan terlalu banyak Estrogen dan kekurangan Progesteron terjadi maka hal ini boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroin dalam rahim serta keadaan ketidak suburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita mengetahui mengapa kandungan Estrogen dan Progesteron menjadi tidak seimbang, mungkin juga disebabkan oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Yang boleh menyebabkan paras Estrogen dan Progesteron terganggu.

Gejala-gejala Fibroid :

Fibroid mungkin tidak mempunyai gejala atau tanda dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Dan kadangkala langsung tidak mengganggu kesihatan wanita terbabit. Jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang masalah, kemungkinan tidak memerlukan rawatan langsung.

Biasanya wanita yang hampir menopos akan mempunyai ketumbuhan Fibroid yang saiznya kecil dan tidak menimbulkan apa-apa tanda. Dan akan mengecut sendiri apabila wanita itu putus haid atau menopos.

Tanda yang biasa bagi ketumbuhan Fibroid ialah gangguan haid, dan diantara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah ( Anamia). Yang boleh membahayakan kesihatannya.

Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul, elok diperiksa dan jika didapati menghidap Fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Setiap wanita yang berumur 40an dan mengalami gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor sakit puan.

Biasanya selepas pembedahan Fibroid akan terus hilang dan tidak membahayakan kesihatan jika tidak terdapat sel-sel kanser didalamnya. Biasanya selepas pembedahan doktor akan memeriksa sama ada Fibroid tersebut mengandungi sel kanser ataupun tidak.

Yang paling penting jangan takut berjumpa dengan doktor jika terdapat sesuatu yang tidak kena seperti pendarahan yang banyak. Kesedaran kita amat penting untuk menjaga kesihatan diri sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 ulasan:

  1. Kawan saya ada yang dpt penyakit ni..dah operet ok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanpa nama..adakah fibroid ini akan hilang setelahmenjalankan pembedahan

      Padam
  2. Penting untuk kta tahu ttg penyakit ni kan...?
    Boleh jg2.

    BalasPadam
  3. saya ayu ingin bertanya kenapa sebelum haid saya menglami spotting darah coklat dan selepas haid bleeding yng banyak. kadang kadang ia berlarutan sehingga haid yang akan datang seterusnya bulan hadapan..bla berlaku bleding bdan saya akan penat,lesu,pening kepala,rambut gugur/kelumumur dan panas baran. apakah penyakit yang dialami oleh saya...untuk pengetahuan tuan benda ini berlaku selepas sya berkahwin.

    BalasPadam
  4. @ Tanpa nama, cuba jumpa doktor O&G atau pakar sakit puan, sebab takut kalau puan menghidap cist/ketumbuhan dalam rahim atau POCS/Polycystic ovary syndrome = kelainan hormon .

    Bleeding yang banyak mcm puan tak normal. terangkan keadaan puan pada doktor nanti dia akan ceck sama ada masalah ini disebabkan ada ketumbuhan atau hanya kelainan hormon atau POCS yang mesti dirawat segera.

    Sebaiknya jgn tunggu lagi. tq

    BalasPadam
  5. Selalunya selepas pembedahan ketulan fibroid tu akan hilang sepenuhnya, tapi kemungkinan untuk dia datang blk tu ada. Selalulah pg cek selepas pembedahan sekurang-kurangnya setahun atau dua tahun sekali.

    BalasPadam