Nufnang

Pengikut

Rabu, 27 April 2011

Menyingkap rahsia lelaki dari warna kegemarannya

Menurut kajian oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al Haj, rahsia lelaki boleh disingkap melalui warna kegemarannya.
Apakah warna kegemaran teman lelaki, atau suami anda?

1. Jika dia suka warna ungu.

Dia ialah seorang yang suka memburu kejayaan dan amat positif dalam pemikiran.
Usahlah anda berkecil hati sangat dengan sikapnya yang kadangkala seperti mementingkan diri sendiri.
Sebenarnya dia serabut untuk membina langkah-langkah kejayaan. Fahamilah dia....

2. jika dia suka warna biru tua.


Teman lelaki/suami anda yang menggemari warna ini adalah seorang yang rajin dan amat berdedikasi.
Mungkin anda akan merasa sedikit terabai tapi disitulah letaknya titik kejayaannya.

3. Jika dia suka warna merah.

Dia seorang yang berani, sentiasa bersemangat dan tak ada istilah gagal dalam hatinya.

4. Jika dia suka warna hijau.

bermakna dia seorang yang tenang dan tak banyak kerenah.
Tetapi memiliki sikap yang cemburu, romantik dan baik hati orangnya.

5. Jika dia suka warna oren.

Bermakna suami atau teman lelaki anda seorang yang komited dengan usaha yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

6. Jika dia suka warna kuning.

Bermakna dia seorang yang ceria, selalu berbaik sangka, dan tak suka gaduh dengan orang lain.

7. Jika dia suka warna hitam.

Bermakna teman lelaki atau suami anda itu seorang yang protokol tetapi emosional serta mudah berasa hiba.
Penyedihlah kiranya...

8. Jika dia suka warna putih.

Bermakna dia seorang yang amanah dan jujur orangnya.

9. Jika dia suka warna coklat.

Bermakna dia adalah seorang yang matang dan bertanggung jawab.

10. Jika dia suka warna pink atau merah jambu.

Bermakna dia memiliki syahwat atau nafsu yang tinggi.

Wallahu a'lam.....

 EZ6EZP9CF4JH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan