Nufnang

Pengikut

Selasa, 19 April 2011

Perkara yang tak disukai suami

Isteri yang kuat merajuk, moody tak bertempat kadangkala memeningkan kepala suami. Lama-lama suami menjadi bengang dan malas melayan kerenah isteri. Isteri harus tahu bahawa apa yang dilakukan itu tidak disenangi suami.

Perkara-perkara yang tidak disukai suami antaranya :

1. Suka mengawal dan mengatur.

Wanita sememangnya suka mengawal dan mengatur banyak perkara, dari hal kewangan hinggalah kelakuan suaminya. tetapi janganlah berlebihan hingga membuatkan suami menjadi rimas dan merasa kena 'Queen control'. Suami mungkin lebih suka berjauhan dengan anda jika sikap anda begini.



2. Merajuk bila kemahuan tidak dituruti.

Merajuk hingga keperingkat yang malampau iaitu sampai menolak hubungan intim dengan suami gara-gara kehendak tidak dituruti. Sikap ini sememangnya tidak boleh diamalkan. Sekali mungkin suami tak kisah, tapi bila selalu sangat anda mungkin dapat menjangka sendiri kesannya!....

3. Beremosi.

Wanita biasanya menggunakan hati lebih daripada fikiran. Berbeza dengan lelaki yang menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah. Isteri perlu mengawal emosi, jangan terlalu cepat marah dan terlalu cepat menangis.

4. Sindrom pra haid.

Jangan sangka hanya wanita yang mengalami sindrom ini, kadangkala lelaki juga akan mengalami tempiasnya setiap kali isteri datang haid. Isteri mestilah pandai menguasai diri dan tidak ikutkan sangat perasaan 'moody' tu. Berpada-padalah agar suami pun tak serba salah.

5. Membesar-besarkan perkara kecil.

Lelaki atau suami akan hilang perasaan sedikit demi sedikit jika anda tidak mengubah perangai anda ni. Suami akan menjadi bosan jika selalu mendengar isteri asyik mengeluh itu dan ini padahal perkara tu bukannya menjadi hal pun.

6. Hobi bergosip.

Sebaiknya kurangkan hal ini, apalagi jika bergosip tentang hal orang lain, mengumpat jadinya. Tiada suami yang suka jika isterinya asyik mengumpat dan mengata urusan orang lain.

7. Sukar bahagia.

Wanita biasanya sukar menerima keadaan dirinya apa adanya. Dah kurus nak kurus lagi, dah cantik nak cantik lagi dan ada je yang kurang. Sikap ini menyebabkan suami sukar memahami isteri dan akan bosan sekiranya isteri terus bertingkah begini.

8. Suka membanggakan lelaki lain.

Suami pasti merasa tercabar jika isteri asyikmemuji lelaki lain dihadapannya. Sunnguhpun anda tahu kelebihan lelaki lain, jangan sesekali mengucapkannya dihadapan suami. Tak siapapun suka jika isteri selalu memuji lelaki lain dihadapannya.

Semoga bermanfaat post saya kali ni yerk...!
Jumpa lagi...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 ulasan:

  1. Banyak info....memang rmi yg wat mcm kat atas tu...

    BalasPadam
  2. Thanks....betol tu, baik kita sama2 muhasabah diri kita yg tak sempurna ni....

    BalasPadam
  3. sy sgt suka.. dan akan cuba untuk berubah.. ;)

    BalasPadam
  4. Betol tu...sama2 samalah kta berubah

    BalasPadam
  5. 7. Sukar bahagia.

    Wanita biasanya sukar menerima keadaan dirinya apa adanya. Dah kurus nak kurus lagi, dah cantik nak cantik lagi dan ada je yang kurang. Sikap ini menyebabkan suami sukar memahami isteri dan akan bosan sekiranya isteri terus bertingkah begini.

    kena je yg ni...huhu

    BalasPadam