Nufnang

Pengikut

Rabu, 20 April 2011

Petua mengatur kewangan untuk pasangan baru berkahwin

Pasangan yang baru berkahwin perlu mengatur kewangan agar kehidupan berumah tangga dapat dijalani dengan sejahtera.
Kemahiran mengatur kewangan ini diperlukan agar pendapatan yang diperolehi masih dapat digunakan untuk menabung..

Petua-petua mengatur kewangan :

1. Menabung sebanyak 15-20% dari pendapatan anda. Dengan hidup berdua pengeluaran anda akan berkurang dan anda akan memiliki kesempatan untuk menabung.



2. Lebih baik anda menyatukan simpanan anda dalam satu buku tabungan (jika anda memiliki beberapa buku tabungan), agar simpanan anda tidak banyak dipotong untuk biaya pengurusan bank.

3. Jika anda memiliki insurans, simpanan persaraan, letakkan nama pasangan anda sebagai pewarisnya, ini untuk mengelakkan kesusahan jika sesuatu yang tak diingini berlaku.

4. Tentukan bagaimana menangani tuntutan anda.

5. Bekerjasama dalam menetapkan bajet dan membuat pengeluaran ( ingat dalam Islam isteri tak wajib mengeluarkan belanja untuk keperluannya mahupun rumah tangga).

6. Berbincanglah cara menangani  kewangan, jika yang seorang lebih boros sedangkan seorang lagi jimat ciptakan aturan-aturan untuk menangani perbezaan-perbezaan agar pengeluaran wang terkawal.

7. Jika pendapatan anda diperlukan untuk membayar sejumlah pengeluaran, pastikan anda memiliki insurans nyawa yang cukup.

8. Beritahu pasangan anda dimana dokumen penting disimpan.

9. Berhemah menggunakan kad kredit untuk menghindari pengeluaran yang tak terkawal.

10. Seeloknya buatlah senarai perkara yang mesti diberi keutamaan untuk dipenuhi dan berbincanglah bagaimana mengatur pengeluaran tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan: