Nufnang

Pengikut

Jumaat, 29 April 2011

Petua menjadi lelaki pilihan

Sebelum ini saya dah sentuh tentang petua menjadi isteri pilihan.
Kali ini saya akan menyentuh pulak macam mana nak menjadi lelaki atau suami pilihan dan sentiasa menjadi idaman isteri.

Petua menjadi lelaki atau suami pilihan antaranya :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama. Berhemah tinggi dan cermat.
3. Dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami ialah yang bersikap baik kepada isterinya.
4. Mempunyai sifat berjuang untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
5. Sentiasa tenang dan waspada.
6. Selalu bertaubat dan membanyakkan amalan-amalan sunat.

7. Tidak mengharapkan pujian dan balasan tertentu jika melakukan sesuatu untuk isteri.
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mengumpat dan mencela dan sentiasa melindungi diri dan keluarga agar tak menjadi bahan kejian.
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipan dengan baik.
10. Bersifat lapang dada dan penyantun serta pemaaf tetapi biarlah kena pada tempatnya.
11. Bersifat pelindung dan bertanggung jawab.
12. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang.
13. Berpendirian teguh.
14. Bersikap terbuka daan matang.
15. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita.
16. Mempunyai sifat kepimpinan.
17. Boleh berbincang dan berterus terang.
18. Penyabar.
19. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang jelas.
20. Cerdik dan bijaksana.
21. Peramah dan mesra.
22. Kerjaya yang terjamin tak semestinya kaya.
23. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.
24. Sentiasalah bersikap romantik walaupun telah lama berkahwin.
25. Jangan bercakap kasar dan panas baran tak tentu pasal.
26. Menghormati isteri dan jangan membiarkan isteri sendirian ketika sakit atau memerlukan pertolongan.
27. Jaga penampilan agar jangan selekeh semasa dirumah.
28. Jaga bentuk badan agar jangan terlalu gemuk dan hindari badan berbau dengan memakai wangi-wangian ketika bersama isteri.
29. Jangan lupakan hubungan intim anda berdua.
30. Hindari sikap malas dan beri kerjasama ketika isteri melakukan kerja rumah. Isteri akan sangat menghargainya.
31. Jangan terlalu kerap bersungut dan membanding-bandingkan isteri dengan wanita lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 ulasan:

  1. Banyak kriteria diatas takda pd lelaki zmn sekarg ni...tapi tak semua lah...

    BalasPadam
  2. Bgs gak petua untuk lelaki ni....berguna tu!.

    BalasPadam