Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Selasa, 19 April 2011

Rahsia menjadi suami penyayang

Para suami diluar sana, yang nak jadi suami yang penyayang dan sentiasa disayangi isteri jangan pandang remeh isu ini. Ramai suami yang tak pandai nak menjaga hati isteri (bukan semuanya). Sebagai suami anda perlulah bersimpati terhadap isteri.

Kerja seorang suri rumah tak pernah habis dari pagi sampai malam. Cuba bayangkan tekanan perasaan yang mesti dihadapi isteri setiap hari. Mendidik anak, menguruskan hal anda, mengemas rumah, memasak, gosok baju dan lain-lain lagi pekerjaan.

Ada beberapa hal yang perlu dititik beratkan untuk menjadi suami penyayang :


1. Bersikap tegas, tetapi lemah lembut terhadap isteri. Ingatlah isteri bukan orang gaji yang anda boleh perintahkan sesuka hati. Isteri amat perlukan layanan lembut dari suaminya, bukannya selalu meninggikan suara bila bercakap dan tak mahu mendengar isi hati isteri.

2. Memberikan pujian terhadap isteri. Walaupun sebenarnya isteri tak perlukan pujian, tetapi jika suami rajin memuji isterinya maka dia akan merasa yakin diri. Dan Rajinlah ungkapkan perkataan sayang dan cinta supaya isteri merasa yakin dan sentiasa merasa dihargai.

3. Menentukan batas tanggung jawab. Islam telah mengatur tanggung jawab suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang hahal, dan isteri pula berkeajipan melayan suami dan menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Jika isteri bekerja pandai-pandailah menolongnya apa yang patut.

4. Menghindari kritikan terhadap isteri. Jika ada sesuatu pada isteri yang anda tak berkenan, bincangkan secara baik bukan dengan mengkritik. Isteri akan hilang hormat terhadap anda.Suami tidak berhak bertindak kasar dan mengkritik serta menghina sewenang-wenangnya.

Suami yang terlalu banyak mengkritik akan meninggalkan kesan negatif terhadap isteri :

- Perasaan isteri akan tertekan akibat menahan marah.
- Menimbulkan pelbagai penyakit fizikal akibat perasaan kecewa dan tekanan batin.
- Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
- Akibat selalu dikritik dan tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya.
- Untuk menyenangkan hati isteri akan menyelahkan anak-anak.
- Jika perasaannya terlalu tertekan mungkin dia ingin perceraian.

5. Peka kepada sesuatu yang romantik. Jika semasa bercinta anda sanggup melakukan apa sahaja untuk dapat menarik hatinya, maka setelah berkahwin sepatutnya anda berusaha lebih lagi untuk menarik hati isteri dan bersikap romantik. Ramai lelaki beranggapan salah 'dah dapat buat apalagi nak susah-susah.....' Suami yang menganggap remeh hal ini akan menghilangkan rasa cinta dihati isteri sedikit demi sedikit.

6. Memahami isteri yang selalu ingin berada disamping suami. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya, tak kiralah berapa lama usia perkahwinan anda. Malah semakin lama anda bersama sepatutnya semakin rapatlah hubungan anda bukannya saling menjauh. Kebersamaan boleh mengeratkan kasih sayang.

7. Menjaga perasaan tenang dalam kehidupan isteri. Suami yang bertanggung jawab akan sentiasa memberikan perasaan aman dan tenteram terhadap isterinya. Dan selalu menyelesaikan masalah rumah tangga secepatnya.

8. Memahami gelora jiwa isteri. Wanita mudah mengalami perubahan emosi, suami mesti menerima hakikat perubahan emosi isterinya. Dan bertolak ansur agar jangan cepat menghukum isteri yang berubah angin tiba-tiba, mungkin hal ini disebabkan perubahan hormon dalam dirinya, janganlah dimarahi. Sebaiknya tanyakan secara lembut kenapa dia marah atau berubah emosi tiba-tiba.

9. Membina kerjasama yang baik. Suami mestilah boleh dibawa berbincang bukannya menggunakan kuasa veto dalam menentukan apa-apa yang diinginkannya.

10. Memenuhi keperluan peribadi isteri. Wanita mempunyai sifat yang khusus dan mempunyai keperluan peribadi masing-masing. Jangan bandingkan isteri anda dengan wanita lain yang tentunya memiliki keperluan peribadi yang lain dari isteri anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 ulasan:

  1. Best nye kalau dpt suami penyayang cam tu...

    BalasPadam
  2. Tapi kalau dh dpt tu...jgalah ye...

    BalasPadam
  3. Bahagianya rasa klu dpt suami yg prihatin prasaan isteri camtu...

    BalasPadam
  4. Bahagianya klu dpt suami mcm tu. Suami sllu ego, sekali skala buat silap mnta maaf pun kira sejuk hati isteri, ni buat dek je..tgk isteri mrjuk..nak baca info nasihat mcm ni...jauh sekali...

    BalasPadam