Nufnang

Pengikut

Sabtu, 30 April 2011

Risiko kehamilan kembar

Ibu yang sudah didiagnosis dengan khamilan kembar memerlukan lebih banyak lagi bekalan makanan yang berzat kepada bayi yang dikandung terutama zat besi, untuk membina darah dan vitamin serta asid folic.

Pil zat besi dan asid folic mesti dimakan oleh ibu yang sedang mengalami kehamilan kembar. Jika tidak ibu akan mengalami kekurangan darah kerana zat besi dan zat asid folic dalam tubuhnya akan diiambil oleh bayi dalam kandungan untuk membina darahnya sendiri.

Masalah kekurangan darah ini boleh membahayakan ibu dan bayi ketika bersalin jika dibiarkan.
Ini kerana tumpah darah selepas bersalin kerap berlaku pada kehamilan kembar berbanding dengan kehamilan biasa.


Ini disebabkan oleh otot rahim mengembang lebih dari biasa untuk menampung dua bayi didalamnya, begitu juga dengan luka ditempat uri melekat pada rahim yang biasanya akan berdarah sebaik sahaja bayi dilahirkan dan selepas uri dikeluarkan.

Gejala kehamilan kembar :

1. Ibu mungkin mengalami tekanan darah yang tinggi atau hypertension.
2. Biasanya disertai dengan bengkak kaki dan 'kencing kotor' iaitu air kencing mengandungi protein.
3. Toxaemia yang boleh melarat menjadi sawan atau eclamptic serta boleh meragut nyawa ibu jika dibiarkan.

Ibu yang hamil kembar juga sering dilanda masalah kelahiran pramatang atau premature.
Dimana bayi akan dilahirkan tidak cukup bulan. Seringkali kelahiran berlaku diperingkat lapan bulan atau lebih awal dari itu. Ini disebabkan rahim sudah tidak boleh lagi mengembang lebih besar daripada itu.

Oleh itu biasanya doktor akan menasihatkan ibu untuk berehat dihospital sebaik sahaja kehamilan masuk usia lapan bulan sehinggalah dia melahirkan. Dengan berehat dihospital segala masalah yang berkait dengan kesihatan ibu dan bayi boleh dikawal oleh doktor.

Kelahiran di hospital amat penting untuk kehamilan kembar kerana terdapat pelbagai kemudahan dan sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku sebarang masalah dan kerumitan. Jika tidak dikendalikan dengan betul mungkin menimbulkan masalah seperti bayi pertama keluar biasa dan yang kedua songsang atau sebaliknya yang mungkin memerlukan pembedahan. Dan mesti dikendalikan oleh doktor pakar yang ada dihospital.

Ancaman kepada bayi :

Bayi kembar menempuhi lebih banyak rintangan berbanding bayi normal pada peringkat sebulan yang pertama selepas dilahirkan. Kadar kematian bayi kembar juga lebih tinggi berbanding dengan kelahiran bayi tunggal. Tidak cukup berat badan menjadi sebab utama kematian bayi kembar.

Kerumitan dan kesukaran semasa kelahiran juga merupakan sebab mengapa kadar kematian bayi kembar lebih tinggi. Dan biasanya bayi kedua lebih terancam berbanding bayi pertama.

Untuk bayi kembar siam pula penting untuk disahkan sebelum kelahiran, sebab bayi kembar siam tidak boleh dilahirkan melalui cara biasa. Ia perlu melalui pembedahan, pengesahan ini biasanya dilakukan dengan membuat imbasan X-Ray pada peringkat akhir kehamilan, perkara ini amat jarang berlaku jadi tidak perlu dibimbangkan sangat.

Jagaan bayi kembar juga boleh menimbulkan kekecohan terutama bagi yang melahirkan anak sulung. Menjaga seorang bayi sahaja sudah merupakan cabaran yang berat inikan pula nak menjaga dua orang bayi sekaligus. Kerjasama antara suami isteri amat dituntut.

Mempunyai bayi kembar banyak keseronokannya, apalagi ketika mereka sudah mula membesar. Segala penat lelah pun akan hilang melihat keletah mereka yang sentiasa berdua dan serupa (kalau kembar seiras). Begitu juga berlaku untuk kembar tak seiras. Comel...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 ulasan:

  1. Saya sendiri ada anak kembar..memang kecoh..!

    BalasPadam
  2. Kecoh...tapi comel..! Kemana2 berdua...

    BalasPadam