Nufnang

Pengikut

Khamis, 21 April 2011

Tips Perkahwinan bahagia

Menurut Robert H.Sculler,  ada beberapa tips untuk menjaga agar perkahwinan sentiasa bahagia :

1. Perhatikan tingkah laku anda.

Dan yang paling penting dalam tingkah alku adalah Saling menghargai ( respect ). Walau kelihatannya sederhana, tetapi perilaku ini adalah langkah awal yang baik untuk menciptakan kehidupan berumahtangga yang benar-benar bahagia. Jaga tingkah laku dan perkataan yang tidak baik terhadap pasangan anda.

2. Jangan berhenti bercinta.


Tetap bercinta dan hangatkan kembali hubungan romantika anda berdua. Hal ini boleh dilakukan dengan menonton wayang berdua, dan berbagai hal yang menyenangkan anda berdua sehingga anda takkan merasa bosan dengan kehidupan berumah tangga bersama pasangan.

3. Aturlah kewangan secara bijaksana.

Selain masalah seks, masalah kewangan adalah masalah kedua terbesar dalam kehidupan berumah tangga hingga boleh membawa kepada perceraian.

4. Nikmati seks.

Tidak ada yang dapat menikmati seks selain dari mereka yang berada dalam suatu hubungan perkahwinan. Alasannya seks dijamin selamat, mendapat berkat dan pahala, selagi anda dalam komitmen dan setia terhadap pasangan.

5. Cari sahabat-sahabat yang baik.

Berkahwin bererti mencipta lingkungan pergaulan yang baru, Teman anda bererti teman pasangan anda juga begitulah sebaliknya. Walaupun demikian anda mestilsh mengutamakan hubungan perkahwinan anda berbanding teman-teman anda. Jangan sesekali melebihkan teman berbanding isteri atau suami.

6. Jagalah hubungan dengan keluarga mentua.

Meskipun anda mengutamakan hubungan perkahwinan, tetaplah jaga hubungan baik dengan keluarga mentua. Janganlah mengeluarkan komen-komen yang tidak baik terhadap keluarga mentua anda dibimbangi akan menyakiti hati pasangan anda.

7. Temukan kebahagiaan dalam perkahwinan.

Kebahagiaan yang berpunca dari kekuatan fikiran, kekuatan hati, dan kekuatan dan kesihatan tubuh anda sendiri.

8. Utamakan pasangan anda.

Ingatlah selalu janji perkahwinan anda. Hubungan anda dan pasangan harus didahulukan lebih dari hubungan anda dengan anak. Saat anda merasa bahwa anak anda memerlukan anda lebih dari pasangan anda, bererti anda berada dalam pola fikir yang salah. Anak anda memerlukan berada dalam ikatan perkahwinan yang kuat, sehingga anak akan membesar dalam suasana yang disayangi, mesra dan dapat membentuk emosi dan fizikal yang baik untuknya.

9. Tetap setia dengan pasangan.

Jangan pernah berdusta dan mengkhianati pasangan anda. Jangan merosak kepercayaan yang ada. Lebih mudah menjaga perpecahan dengan kepercayaan daripada memperbaiki suatu pengkhianatan. Sekali dikhianati susah nak percaya lagi.

10. Temukan kepercayaan kepada Tuhan.

Yang terpenting dari segalanya adalah kepercayaan kepada Tuhan. Kembali kepada Allah adalah kunci kebahgiaan anda. Mengadulah segala hal kepadaNya untuk memohon petunjuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan