Nufnang

Pengikut

Jumaat, 20 Mei 2011

7 Rahsia wanita yang lelaki mesti tahu

Wanita kadang-kadang boleh jadi sejuk seperti ais di kutub. Dan kadangkala pula panas seperti volkano yang menunggu masa je meletup. Kalau lelaki tak faham, maka akan selalulah terjadi pertengkaran, kecil hati dan lain-lain perasaan yang tak sepatutnya terjadi jika lelaki memahami isteri atau pasangannya.


1. Mengapa Wanita atau isteri suka bergayut ditelefon.


Satu kajian menunjukkan lelaki lebih suka dan lebih selesa membuat panggilan telefon dengan kerap, atau dalam kata lain menjadi pemanggil yang produktif. Tetapi lelaki mengawal perbualan dengan penjimatan kata-kata, kerana lelaki beranggapan cara itu lebih mengesankan apabila memancing cinta.



Wanita pula dikatakan memiliki topik yang lebih luas untuk diperbincangkan (bayangkan jika wanita mahu bercakap tentang segala-galanya daripada kisah artis, makanan, kasut baru, gincu, rambut baru, tentang keluarga dan cinta). Maka usah hairan jika wanita akan mengambil masa yang lama untuk satu-satu perbualan telefon.


Dan lagi wanita percaya keintiman menerusi telefon merupakan salah satu kaedah terbaik untuk mempertahankan hubungan. Benar atau tidak? Lu fikirlah sendiri....!hehe...!


2. Mengapa Wanita suka bergosip.


Tidak semua wanita suka bergosip sebenarnya. Selebihnya wanita pasti akan berkata yang dia punya sebab untuk bercakap kerana perlu tahu apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Ingat wanita sememangnya dibekalkan dengan naluri suka mengorek rahsia.


Dan wanita juga punyai keinginan untuk menggali dan mencari 'sesuatu' yang tersembunyi daripada berpuas hati dengan melihat permukaannya sahaja.
Kira tukang korek rahsia lah ni...!


3. Mengapa isteri selalu berleter.


Wanita selalu berleter kerana itu adalah medium untuknya meluahkan atau melampiaskan segala perasaannya terhadap lelaki atau suami. Malah ramai wanita mengakui, mereka terpaksa berleter kerana itu sahaja caranya untuk menembusi tembok ego lelaki yang enggan mendengar segala kata-kata isteri.


setelah puas berbincang dan berbincang tetapi lelaki tetap enggan mendengar nasihat, enggan memberi pendapat, malah enggan mengakui kesalahan sendiri. Apalagi yang boleh wanita lakukan selain dari berleter?


Kalau tak nak isteri anda berleter, dengarlah luahan hatinya. Jangan nak buat hal sendiri je... dan jangan nak menggunaakan kuasa veto dalam menentukan segala-galanya dalam rumah tangga. Ingatlah isteri anda bukan orang gaji yang anda boleh arahkan itu ini tanpa adanya komunikasi yang lain.


4. Mengapa wanita cemburukan teman wanita suaminya?


selain cemburu, persoalan pokok yang timbul daripada isu ini adalah tentang sikap dan kepercayaan wanita terhadap pasangannya. Cemburu adalah manifestasi tidak sengaja yang tercetus daripada rasa kasih sayang bagi seorang wanita terhadap pasangannya.


Kerana tidak percaya dengan lelaki, dan kerana fikirannya selalu memikirkan tentang masa si lelaki yang 'dicuri' oleh kawan-kawan wanitanya di pejabat, maka itulah cemburu terhasil. Faham-fahamlah ye...


5. Mengapa isteri memberitahu anak demam ketika suami keluar dengan kawan-kawan?


Memang adat wanita jengkel dan tidak senang jika suaminya keluar bersuka ria dengan kawan-kawan waktu malam atau siang, sedangkan dia bertungkus  lumus dirumah menguruskan anak-anak dan rumah tangga.


Walaupun suami sekedar keluar minum teh sahaja dengan kawan-kawannya boleh membuatkan wanita naik angin kerana dialah yang tersekat dan terkedang di rumah bersama anak yang menjerit dan menangis, rehat pun tak sempat, suami pula bersenang lenang. Mahu tak marah...?


6. Mengapa isteri kuat berbelanja.


Tidak seperti lelaki, wanita memerlukan 5 pasang kasut yang perlu disesuaikan dengan  aktiviti sosialnya, 5 atau 10 helai coli, dan beberapa helai baju, tudung dan lain-lainnya. Ianya sekedar contoh bila bercakap tentang nafsu berbelanja wanita.


Namun lelaki harus ingat, wanitalah yang memegang kunci perbelanjaan dapur, dialah juga yang mesti menata masa depan anak-anaknya, masa depan rumah tangga, dari soal langssir, alas meja, sofa hinggalah tungku dan segala peralatan lainnya yang mesti dibeli.


Belum lagi barang-barang dapur yang setiap minggu mesti dibeli untuk makan seisi keluarga. Kalau isteri tak kuat berbelanja, kosonglah peti sejuk, tak berasaplah dapur anda.


7. Mengapa isteri tak berapa nak rapat dengan mentuanya.


Tidak ada ibu mertua yang tak gembira menerima menantunya yang baru. Namun apabila berlaku kepada seorang wanita tua yang perlu menerima kehadiran seorang wanita baru dalam hidup anak lelakinya, maka fasa pertukaran kasih sayangnpasti akan berlaku.


Disinilah perasaan yang unik berlaku. Perasaan kuatir dan takut dilihat sebagai perampas takhta adalah perkara lazim kepada wanita. Jadi jangan hairan jika dia takut-takut untuk mendekati ibu mertuanya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 ulasan:

  1. Biasalah tu...pompuan nak bermanja2 ngan suami. Kalau x ngan suami sendr, ngan sapa plak? Suami mesti faham, dunia isteri setelah berkahwin hanya suami dan anak2 je...suami mesti gak tolak ansur dgn keperluan emosi isteri...

    BalasPadam
  2. Betul tu...suami isteri mstilah saling faham memahami, brulah hidup harmoni....

    BalasPadam