Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Isnin, 16 Mei 2011

Adakah anda bersedia untuk berkahwin?

Adakah anda bersedia untuk berkahwin?
Dan adakah anda sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat?
atau setidak-tidaknya sedang berkira-kira untuk melangkah kealam rumah tangga walaupun bila waktunya balum lagi dapat dipastikan.

Hati-hati dengan motivasi anda untuk berkahwin, bukannya nak menakut-nakutkan anda. Waktu bercinta yang lama belum tentu membuatkan anda mengenal pasangan anda. Pada umumnya masalah dalam keluarga timbul setelah berkahwin disebabkan masa bercinta yang kurang matang.



Tetapi bukan bererti jika anda baharu sahaja mengenali pasangan lantas anda belum layak berkahwin. Ianya bergantung pada sejauh mana anda mengenali pasangan anda. Dan sejauh mana keterbukaan anda berdua dalam hal-hal yang berkaitan dengan tanggung jawab hidup berumah tangga, bukan dalam hal-hal yng lain.

Sebaik-baiknya kenali dahulu pasangan anda, calon teman hidup anda agar anda berdua tidak kecewa dibelakang hari nanti.
Apa yang menyebabkan anda nak berkahwin dengan pasangan anda?

USIA

Seringkali kita salah tanggapan tentang usia matang untuk berkahwin. Apalagi jika teman-teman disekeliling juga sudah berkahwin pada usia anda. Allah sudah mentakdirkan untuk setiap mahluknya berbeza-beza, hendaknya kita jangan menghakimi teman yang seringkali dianggap 'anak dara tua (andartu)' atau 'bujang terlajak'.

MATERIAL

Seperti warisan, wang, kekayaan yang sifatnya tidak kekal dan hanya menjadikan manusia hamba harta. Jangan berkahwin sebab wang, mamang tak dinafikan wang penting tetapi wang bukanlah segalanya.

TERTARIK SECARA FISIKAL

Jangan hanya mementingkan kecantika atau ketampanan sahaja, apabila kita sudah menjadi tua atau sesuatu berlaku terhadap kecantikan dan ketampanan pasangan kita maka cinta pun hilang.

Sebaik-baiknya selepas anda benar-benar bersedia untuk berkahwin dan anda sudah benar-benar mengenali pasangan anda barulah anda boleh mengambil keputusan untuk berkahwin.

Pelajarilah hal-hal berkaitan dengan tanggungjawab dan segala-galanya berkaitan dengan alam berumah tangga dengan orang yang layak sehingga anda betul-betul bersedia menunaikan tanggung jawab anda.

Kenalilah pasangan anda dengan lebih dekat lagi, agar anda berdua serasi bersama tetapi jangan sampai termakan pujuk rayu sehingga anda menyerahkan diri sebelum berkahwin.

Ingatlah jika pasangan kita betul-betul cinta dia tidak akan merosakkan kita malah akan dijaganya sehingga ke hari bahagia anda berdua. Jika dia menuntut yang lebih dari sepatutnya, tinggalkan sahaja bererti dia bukan untuk anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan