Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Selasa, 3 Mei 2011

Bahaya penyakit kuning atau Jaundice pada bayi

Penyakit kuning  atau Jaundis ialah perubahan warna sklera (bahagian putih mata) dan kulit kepada warna kuning.
Penyakit ini sangat biasa dikalangan bayi pada minggu pertama selepas kelahiran.
Dan 60% dikalangan bayi yang dilahirkan tidak cuku bulan atau pramatang menghidap penyakit ini.

Bayi yang menghidap penyakit ini akan menunjukkan warna kulit kuning yang jelas pada muka dan bahagian abdomen jika penyakit semakin serius.

Sebab-sebab bayi menghidapi penyakit kuning :


Disebabkan oleh pemendapan sejenis pigmen (bilirubin) didalam tisu bayi.
Apabila kuantiti bilirubin melebihi sesuatu takat, penyakit kuning akan menjadi jelas. Bilirubin merupakan hasil terakhir dari pemecahan sel darah merah. Pada tahap ini bilirubin adalah tak berkonjugat, kemudian akan ditukar menjadi bilirubin berkonjugat didalam hati.

1. Penyakit kuning tak berkonjugat :

Bagi bayi yang sihat, penambahan kuantiti bilirubin tak berkonjugat adalah biasa. Situasi ini juga dikenali sebagai penyakit kuning fisiologikal (physiological jaundice).

Keadaan ini berlaku kerana :

- Pertambahan bilangan sel darah merah dalam badan bayi.

- Tempoh hayat sel darah merah bayi adalah lebih pendek berbanding tempoh hayat sel darah merah orang dewasa.

- Fungsi hati bayi masih belum cukup matang.

Penyakit kuning fisiologikal ini mungkin berlaku pada hari kedua selepas kelahiran. Gejala-gejala penyakit kuning fisiologikal akan lebih jelas menjelang hari ketiga dan keempat. Penyakit kuning fisiologikal tidak berlaku pada masa 24 jam selepas kelahiran dan tidak menjangkau melebihi dua minggu bagi bayi matang dan tiga minggu bagi bayi pra matang.

Penyakit kuning pada bayi mungkin boleh juga disebabkan oleh :

- Penyakit kekurangan G6PD (paling biasa dijumpai).

- Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - faktor resus ABO

- Bentuk sel darah merah yang luar biasa- sfetoitosis (sel darah merah berbentuk bulat), eliptositosis (sel darah merah berbentuk bujur).

- Terlalu banyak sel darah merah.

- Lebam atau ketulan darah beku - bayi yang dilahirkan melalui kaedah forceps atau vacuum mungkin mengalami masalah pendarahan di bahagian kepala sama ada di bahagian selaput yang menutupi tulang tengkorak ataupun dibawah bahagian tisu lembut pada kepala.

2. Penyakit kuning  berkonjugat.

Antara punca yang menyebabkan penyakit kuning berkonjugat ialah biliary atresia keadaan dimana saluran hempedu adalah tidak normal dan tersekat. Ini menyebabkan najis bayi kelihatan pucat seperti kapur dan kencing berwarna gelap. Penyakit ini memerlukan pemeriksaan doktor dengan segera.

Kesan penyakit kuning pada bayi :

Bilirubin tak berkonjugat akan memasuki sel-sel otak apabila paras bilirubin tak berkonjugat adalah tinggi.
Gangguan dalam sistem pendengaran merupakan kesan penyakit kuning pada peringkat awal.
Jika penyakit kuning ini tidak dirawat dengan cepat, bayi akan mengalami kerosakan otak, menyebabkan menjadi terencat kemajuan mentalnya dan mungkin juga akan mati.

Rawatan yang diperlukan :

Bayi perlu dimasukkan ke wad dan doktor akan menjalankan ujian darah untuk mengetahui tahap kekuningan. Bergantung pada tahap bilirubin rawatan fototerapi akan dijalankan. Terapi cecair intravena tambahan mungkin diperlukan jika bayi mengalami penghidratan atau kekeringan.

Fototerapi dan kesan sampingannya :

Bilirubin sejenis pigmen yang menyerap cahaya biru dengan paling baik. Pendedahan pada cahaya biru semasa fototerapi akan menukarkan bilirubin tak berkonjugat yang bertoksik kepada bentuk yang larut air dan tak toksik secara perlahan-lahan. Sehingga mudah disingkirkan daripada badan.

Fototerapi ini perlu dijalankan berterusan dan bayi akan dirawat tanpa pakaian untuk menambahkan luas permukaan badan yang didedahkan pada cahaya. Mata bayi akan ditutup dengan penutup khas agar terlindung dari cahaya.

Kesan sampingan seperti najis lebih cair, ruam pada kulit, pemanasan melampau dan penghidratan. Namun ianya jarang berlaku dan jikalau ada kesan sampingan hanya sementara dan tidak meninggalkan kesan jangka panjang.

Perubatan tradisional tidak diperlukan ketika ini kerana kesan-kesannya masih belum dapat dipastikan.
Mendedahkan bayi pada cahaya matahari untuk mengelakkan penyakit kuning adalah tidak digalakkan sama sekali.

Cepatlah berjumpa dengan doktor bayi anda jika tanda-tanda diatas ada pada bayi anda.

Terima kasih..Jumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 ulasan:

  1. nak petua...menghilangkan gigi kekuningan

    BalasPadam
  2. Nak tahu cra hilangkan kekuningan gigi, cari kat sini..

    BalasPadam
  3. petua berguna....

    BalasPadam