Nufnang

Pengikut

Selasa, 10 Mei 2011

Cara melupakan bekas kekasih atau bekas suami.

Jika putus cinta atau bercerai tentu ramai yang merana kerananya. kecuali jika anda seorang yang kuat semangat.
Ataupun jika anda merasa senang untuk mendapatkan pengganti.
Bukan mudah nak mengambil keputusan untuk bercerai terutama jika ada anak-anak yang akan menjadi mangsa perceraian ibu bapa.

Tetapi jika sudah tidak boleh lagi nak dielakkan maka anda harus berusaha untuk melupakan bekas kekasih atau bekas suami.
Yang paling susah adalah memadamkan kenangan yang bersarang dihati sebab setelah lama hidup bersama tentu sudah banyak suka duka yang dilalui.

Cara-cara berikut mungkin boleh membantu anda untuk melupakan bekas kekasih atau bekas suami :

1. Anggap dia tidak pernah wujud.



Ini mungkin susah sikit jika anda mempunyai anak. Maksudnya walaupun anda mempunyai anak dengan bekas suami anda mestillah kuatkan hati dan anggap semuanya tidak pernah berlaku. Bukannya untuk menidakkan hak suami untuk bersama dengan anak. Lebih mudah untuk melupaka bekas suami atau bekas kekasih jika dia yang melukakan hati anda terlebih dahulu.

Berhentilah berangan yang dia masih lagi milik anda dan janganlah anggap mereka sempurna dan jangan terkena pujuk rayunya, maka hubungan anda akan terjalin kembali sedangkan hati sakit mengenangkan setiap perbuatannya. Aggap sajalah dia tidak pernah wujud dalam hidup anda, dan kalau anda masih sanggup menerima perbuatannya yang menyakitkan hati maka anda kembalilah..! Tapi jangan harap dia akan berubah 100%.

2. Tutup buku.

Tutup serapat-rapatnya semua perkara yang pernah anda lakukan bersamanya jika anda benar-benar mahu berpisah dengannya. Anda harus ingat bahwa anda mahu menamatkan semuanya, anda mungkin akan bertemu dengan orang lain yang lebih tepat untuk anda, itu tidak mustahil. Jangan sesekali bertemu dengannya lagi jika sudah berpisah.

3. Jangan hubunginya lagi.

Ini satu perkara yang mesti anda amati, apabila anda memutuskan untuk menamatkan sesuatu perhubungan ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius.
Jangan sesekali hubunginya lagi kecuali jika anda ingin rujuk kembali, tetapi biarlah anda fikirkan semasak-masaknya segala keputusan yang akan anda ambil nanti.

Memang susah untuk melupakan seseorang yang sudah terlalu lama hidup bersama kita yang pernah kita cintai tetapi ianya bukan mustahil. jangan ber SMS atau email atau telefon dan jangan bertanya dengan kawan-kawan yang mengenalinya.

4. Sibukkan diri.

Anda akan punya banyak masa untuk diri sendiri, anda boleh sibukkan diri dengan pergi gim atau berjoging atau boleh juga mengikuti bengkel atau kelas yang anda minati yang anda tak berkesempatan untuk ikuti dahulu.

Jika anda rajin ke gim tubuh badan anda akan jadi lebih sihat dan cantik, dan tak mustahil anda akan dapat pengganti yang lebih baik dengan lebih cepat. Kalau takpun sekurang-kurangnya anda akan merasa sentiasa sihat dan cergas.

5. Lupakan semuanya.

Memang kadang-kadang anda harus berhati kering untuk melupakannya. Ini semua untuk kebaikan anda juga, membuang semua memori agak sukar jika anda adalah seorang yang melankolis. Tetapi sampai bila anda nak berkeadaan seperti itu?

Mungkin dia sedang bersenang-senang dengan orang lain apagunanya anda bersedih dan menyimpan memori cinta luka lagi. Belajarlah menjadi orang yang kuat pada hati dan tubuh badan.

6. Jauhi kawan-kawannya.

Anda perlukan pengorbanan jika serius mahu melupakan semuanya. Hal ini mungkin agak sukar terutama jika kawan-kawan dan keluarganya memang rapat dengan anda. Tetapi ianya baik untuk diri anda sendiri, dan jauhi juga tempat-tempat yang biasa anda pergi bersama.

Hal ini memerlukan masa tetapi jika anda cekal anda mampu melakukannya.
Biarlah hal ini berlalu dan anda jangan jadi orang yang lemah semangat dan jadi gila talak. Anggaplah semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

7. Jangan simpan barang-barangnya.

Apabila anda sudah maju kehadapan jangan sesekali berpatah balik atau menoleh kebelakang lagi. Apabila anda mulai mengingati kembali kenangan-kenangan bersamanya, apa sahaja barangan yang diberikan atau gambar-gambar ia akan mengingatkan lagi anda kepadanya.

Simpan saja gambar-gambar kenangan tersebut disebuah tempat yang berkunci dan jangan sesekali melihatnya kembali.

8. Keluar bersama kawan-kawan atau anak-anak.

Kenangan seringkali membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan. Apabila kenangan datang menjelma kita takkan merasa kuat untuk menahannya.
Tetapi hal ini dapat diatasi jika anda benar-benar mahu melupakan segala perbuatannya yang menyakitkan hati anda.

Keluarlah dengan kawan-kawan atau ajaklah anak-anak pergi bercuti ketempat-tempat yang anda tak pernah pergi. Mungkin hal itu akan dapat membuatkan anda melupakannya, jangan pulak menjadi sedih kerana anda tak dapat lagi bercuti dengannya.

Buang jauh-jauh bayangan dirinya, dan hadapi hidup yang baru. Anda mampu melaluinya jika anda mahu dan anda harus bersedia untuk itu.

9. Pergi beriadah.

Mungkin sewaktu anda masih bersama dengannya anda tak pernah atau jarang beriadah. Maka inilah masanya untuk melakukan semua itu. Pergilah beriadah dan bersukan supaya anda merasa senang tidur dimalam harinya.

Jangan peruntukkan masa untuk berangan lagi dengan bekas suami atau bekas kekasih.

10. Selalu ingat perkara buruk dan hal yang menyakitkan yang telah dilakukannya.

Jika anda masih selalu memikirkan dirinya mungkin susah untuk anda meneruskan kehidupan baru tanpa dirinya.
Jangan sesekali mengenang segala kemanisan sebab nanti anda akan sakit menanggung rindu dan menjadi gila talak pulak.

Yang berlalu biarlah berlalu, jodoh anda mungkin tidak panjang dengannya tetapi bukan bererti hidup anda sudah berakhir disini. Jangan fikirkan ini yang anda dapat setelah segala cinta dan pengorbanan yang anda berikan padanya, jika anda berfikir demikian anda akan mengasihani diri sendiri dan anda tidak akan dapat meneruskan kehidupan yang masih panjang.

Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 ulasan:

  1. Sy akn cube ikut petua ini.bile sy bc sy rase lega ski

    BalasPadam
  2. Time ksh....semoga bermanfaat.

    BalasPadam
  3. sy dh cuba bwt semua ni tp ttp x bjaya..sy x boleh lupakan bekas kekasih wpun ppisahan kami adalah khndak sy krna x thn dgn sikap dia y x pnah cuba membelai hati sy..semasa bcinta kami telah byk merancang tuk bkahwin dan mbina kluarga..dan smpai skrg sy msih mngingati angan2 dan kmanisan y djanjikan..mmg ramai y lbih baik dr dia tp ati sy seakan ttutup utk lelaki lain..hanya dia y btakhta di hati..ape y harus sy bwt?tolongla sy..

    BalasPadam
  4. memang susah nak lupakan kekasih yg pernah bertahta dihati, tapi cuba ingat segala keburukannya dan kemungkinan utk kita menderita lebih tinggi jika bersama dgnnya. memang jodoh ditangan Allah dan baik buruk nasib kita akhirnya mesti kita terima, tapi kita berhak mncorakkan masa depan kita.

    Kalau alasan utk berpisah dgnnya disebabkan hal yg kecik mungkin blh dipertikaikan, tapi jika perangainya yg mungkin tak boleh nak diubah atau sbb pegangan ugamanya yg longgar mungkin berpisah lebih baik sbb nti dia yg nak mendidik dan meluruskan jln kita.

    Hati dibelai semasa bercinta tak penting, bermesra pun haram. itu tak blh dijadikan sbb putus, bila dah jadi suami isteri barulah blh, mungkin dia tak berapa pandai nak menjaga hati wanita mcm awak sbb tiada pengalaman.

    Kalau nak juga lupakan dia cubalah buka hati untuk lelaki lain yang mungkin akan dapat membuatkan awk lpkan dia. mungki secra perlahan2 dulu, jgn paksa diri. tq

    BalasPadam
  5. trima kasih dgn petuanya..walaupn sy dah kawin,tp ingatan thadap bekas kekasih masih kuat..makin lama dilupakan,rindu pla btemu..tp ada ok ckit slpas bca ni smua..thanks skali lg..

    BalasPadam
  6. kami dah bkwan hampir stahun...kenangan manis n susah dlalui bsama...dia dah knal dgn fmly saya..tp bila dia dah hbis study n blk penang dia terus2 berubah...walaupun saya sdh try lupakan dia...dia ttap mncul dlm mmpi2 saya...dia tnggalkan saya bila dah senang...lebih sedih bla dpt tau dia tawan hati saya dengan menggunakan ilmu syirik...x sangka dia snggup buat mcm 2...huhu

    BalasPadam
  7. Semoga bermanfaat...

    @ moon, mungkin ada hikmahnya dia tinggalkan awak awal. Tak lah sakit sangat berbanding jika dah kahwin bari ditinggalkan. Org mcm tu mungkin tak sesuai utk awak, baik awak nampak perangai dia sekarang kan...lupakan je..

    BalasPadam
  8. mungkin crenye adlh dgn cri pganti bru..sbb kite akn igt je kt die so ex lme sng dlpekn..tu cre yg sng, sbukkn diri dgn urusan si dia yg bru..sekian tq ^_^

    BalasPadam
  9. sye x suke dgn pragai die, seolah2 mcm mgawal sye, ske mrajuk psl hal yg kcil, kdg2 wat sye myampah.sye wat kputusan tuk lpekn n putus.sye dpt pganti yg bru jauh lbih baik dri die, sgt memahami sye n sye caring trhdp sye.jd kptusan sye yg lme x sia2 kerna dpt pganti yg lbik baik..thx kpd tips ini. skg sye happy bile dpt knl ngan die, mmg x slh memilih die..^_^ dan thx kpd die krana sudi memilih sye..

    BalasPadam
  10. thanks utk tips ini..byk2 tips yg saya baca..inilah salah satu tips yg telah menguatkan semangat saya utuk terus maju kedepan tanpa menoleh lagi ke belakang.thanks again sukma:)

    BalasPadam
  11. Sama2, semoga bermanfaat...

    BalasPadam
  12. terima kasih untuk tips ini. sekarang saya dlm proses perceraian dgn bekas suami. memang amat menyakitkan bila mengenang semua kenangan bersamanya. semua yang di ataaas saya dah cuba buat... tapi saya tak dapat nek berhenti dari menghantar sms/msg kpd nya... cuma itu sahaja cara sayanak melepas rindu....

    BalasPadam
  13. ...6 tahun bersama...berpisah rabak jua akhirnya...hampir 5 bulan cuba melupakan dia tp semakin parah and amat amat menyakitkan...segala pengorbananku...masa susah senang...suka duka terhadapnya amat sesia belaka...mungkin dia lebih layak untuk orang lain or maybe dia mengikut pilihan keluarganya...aku kau wat ibarat pat berteduh dari ribut tsunami gaknya...fine...she know who i am...seharusnya aku dari awal kau tinggalkan...watevapun dia sudah ada penganti yg bercahaya indah senja...aku...hanya embun pagi berkilau sementara...akan ku cuba try ikuti panduan diatas walau terpaksa ku pamer duka lara...thanks 4 those tips

    BalasPadam
  14. org kata, berat mata memandang berat lg bahu memikul..mungkin senang kite bg nasihat kat org dan bukan senang kite nak ikut nasihat org..tapi itulah hakikatnya: Allah jauhkan dia daripada kite dgn 1001 hikmah yg kita x ketahui. Selepas kite ketemui, kite akan syukuri...biarla "cerite lama" tu nak cari yg baru...kite akan lebih bahagia drpd dia InsyaAllah..
    sy berkawan dgn dia hampir 11 tahun dan tiada siapa penah bertakhta dihati selain dia...dgn mudah jer dia tinggalkan sy..sy redha..kerana sy tahu ada yg jauh lebih baik utk sy...sakit hati, mmg x terluah...tapi redha kan jer lah

    BalasPadam
  15. xsemudah itu

    BalasPadam
  16. Xsemudah ituuu...7thn kenal dan 12thn usia perkahwinan..ditnggalkan hanya kerana perempuan lain...setelah dijaga dengan penuh kasih sayang dan berkorban apa saja..entahlahh...moga Allah beri kekuatan..amin...

    BalasPadam
  17. sy dah cuba buat semua tu tp tak berjaya ingatan sy masih pd bekas suami, kmi masih selalu berhubung dan berjumpa karna apabila sy kerja anak emak mertua yg jaga bekas suami yg ambik hantar balik pd sy.. tiap kali berjumpa tiap kali tu jugalah sy merayu dia balik dan bertanya adakah dia masih sygkn sy atau tak dah ade pengganti sy ke belum. tp dia cakap tak tahu nak jawab.. sy tak dapat nk bayangkan betapa sakitnya hati sy klu betul dia dah ada org lain. sy kasihan anak sy klu nati ada emak n bapak tiri klu boleh biarlah dia membesar dengan kasih syg ibu n ayah dia walaupun dia masih kecik tp dia dah cukup tertekan. skrg ni bekas suami sy mengangur dan penagih pil kuda dan sejenisnya dia juga kuat berjudi dimesin kuda walaupun begitu sy masih menghrapkan dia balik pd n anak krn taknak suami bnyk, sy masih sygkn dia sgt2 dan taknak hampakan anak.. dah 2 tahun kami bercerai sy masih belum bisa melupakanya tolonglah sy apa yg boleh sy buat

    BalasPadam
  18. salam..sye ade sorng kksih..da mcm2 sye brkorban untk die..tp tk sngke die ade orng ke3..dlu mse die skit kmane je sye tk brushe untk pulih kn die..tp tk sngke die sngp wt sye cm ni.tp mmg ssh nk lpe kn die,sbb die la cinte sye..tlng la bg adea nk pdam die dri mmori sye..tlng...

    BalasPadam
  19. salam...macamna pula kalau si suami masih simpan gambar bekas kekasih lama dia? n dalm masa sama bekas kekasihnya juga sudah berumahtangga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berterus teranglah kepada suami bahawa awk x suka dia masih menyimpan gambar bekas kekasihnya. Seelok-eloknya minta penjelasan daripada suami kenapa dia masih menyimpan gambar2 tersebut. Jangan sampai benda remeh nanti akan menjadi punca pergaduhan anda berdua. Berterusteranglah dengan cara berhemah dan lemah lembut.

      Padam
  20. Nma sy eja..sy sgt cintakan suami sy..suami sy segala2 ye..tpi hati sy sdikit hancur bilamana dia msih brhubungan ngan ex wife ye,dn myimpan gambar,dn sms ex wife ye..hati sy sakit brcmpur cemburu

    BalasPadam
  21. saya ngn dye da kat 4 tahun bersama...dia putus kn hubgn cinta ngn saya sebab jmp kwn lame dia..dah nk tunang akhir tahun nie...deh sgt...asyik ingat pada dia..n xnk dia kawen dgn pompuan tu..sakit hati bila pikir dye da nk tunanang..
    mungkin dia x terbaik untuk saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak patut bersyukur pada Allah sebab ditunjukkan sikap sidia sblm jadi suami lg, cuba bayangkan jika awak dah kawin dg dia pastu benda ni jadi, tentu lebih sakit lagi kan....awak blmpn jadi isteri dia, so awak tak rugi apa2 pun, lupakan dia, bina hidup baru, urus diri dan kerjaya dengan baik...insyaallah jodoh yg mungkin lebih baik akan datang yang penting sayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain....harap dpt membantu.

      Padam
  22. bener semua yang dibicarakan> sakitnya luar biasa. tapi apakah sakitnya bisa dibandingkan dengan semua yang dilakukan oleh suami terhadap istri. Coba kita bandingkan enak sakit berpisah atau sakit dengan perbuatan suami terhadap istri.Suami yang suka bohong, tidak jujur, selingkuh, suka dengan kekerasan dalam rumah tangga. kalau masih inget sama mantan kita inget perbuatan yang telah menyakitkan yang dilakukan mantan suami.sulit memang, tapi coba sedikit demi sedikit, ingat perlakuanya yang tidak baik satu persatu. cari teman yang pengalamannya sama dengan kita. sehingga kita bisa tukar pikiran, dan merasakan nikmatnya jadi orang bebas. tidak menanyakan lagi, kenapa dia belom pulang, adakah wanita lain bersamanya, menyiapkan makannya, pakaiannya, cemburu, Jangan cari teman yang hidupnya harmonis, akan membuat diri kita iri dan menyalahkan diri sendiri. dan cari teman laki laki sebanyaknya, supaya kita tidak merasa jelek, dan bisa menambah kepercayaan diri bahwa masih banyak laki laki yang lain di dunia ini, bukan cuma dia seorang. kalau memang masih ada yang mau...kita perpanjang seperti pacaran..karena kalau jadi suami lagi, bisa ...pisah lagi.yah..sebagai hiburan saja.selagi hidup.dan terus berdoa kepada yang Esa..kita akan menjdadi orang yang berguna bagi yang lainnya.untuk anak, sahabat, orang lain..Amin

    BalasPadam
  23. saya baru berkahwin,hampir 2thun. Belum mempunyai anak.Saya telah bergaduh besar dgn suami dan suami telah mengeluarkan ayt 'BERAMBUS LAH DARI RUMAH NI!!!' Sya xthu niat die. mungkin die niat ckp mcm tu untuk menceraikan sya...sya rsa sy kna buat aduan di pejabat agma

    BalasPadam
  24. Sy br je d jatuhkn talak smlm..silapnya sy sb trlalu meminta di ceraikn..tbe2 slepas dceraikn sy menyesal sgt..sy rse mcm x blh nk teruskn hdup tnpa dye..sy sprti org gila bila memintanya utk rujuk smula sdgkan dye hanya mengeleng..sy trlampau tertekan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti ada sebab kenapa awk meminta diceraikan, kalau memang sudah berlaku terima je, banyakkan mengadu pada Allah. Memang senang nak ckp sebab x mengalami sendiri, tapi apa lagi yang boleh kita buat selain bersabar, bersabar dan bersabar. Ada hikmah yang Allah nak bagi sehingga kita diuji sedemikian rupa. Jangan difikirkan sangat hal perceraian tu, apalagi semua yang berkenaan dengan bekas suami ini untuk mengurangkan rasa sedih, kecewa dan tertekan. pergilah bercuti untuk sementara ketempat-tempat yang awk x pernah pergi sebelum ni. Binalah hidup baru, semoga anda akan diberi kekuatan menghadapi segala dugaan.

      Padam
  25. salam..skrang nie saya ada mslah..tak tau nak kongsikan pada siapa lagi.saya sudah berkahwin..mempunyai seorg anak..usia perkahwinan saya baru 2 tahun.saya dan suami saya kini tinggal berasingan sudah hampir sebulan.anak saya pula di ambil mentua saya.sebelum nie kami tgl dirumah mentua.tetapi baru2 nie,saya dan suami ada salah faham sedikit.tetapi akibat campur tangan keluarga mentua,perkara kecil menjadi besar.semuanya seolah2 saya yang bersalah.suami lebih memihak kepada keluarganya.anak saya dipisah dr saya.akibat tertekan,saya nekad keluar dari rumah mentua saya.kaluarga saya pula tidak mengizinkan saya bersama dengan suami saya lagi setelah apa yg telah dilakukan nya pada saya.saya boleh buat aduan ke mahkamah.tetapi saya tak nak.semua nie sebab saya masih syangkan dia.tapi paling menyedihkan saya,setiap kali saya telefon keluarga suami saya untuk menanyakan khabar anak say,mereka tak nak angkat.kali ini saya nekad untuk berpisah.tapi hati saya sukar untuk melupakan suami saya.tolong saya..saya perlukan seseorag.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap bersabar dg dugaan yg datang melanda...campur tangan pihak ketiga mmg kadangkala blh mengeruhkan keadaan, awak keluar rumah tanpa izin suami, sepatutnya teruslah membuat aduan ke pejabat ugama untuk memberikan alasan kenapa awk keluar rumah, supaya kalau belakang hari terjadi sesuatu, suami xblh istiharkan anda sebagai nusyuz...kalau boleh berbincanglah dengan suami tanpa campur tangan org lain, ajaklah dia berjumpa berdua sahaja..cakap dari hati kehati apa yang anda berdua tak suka tentang diri masing2.

      selepas tu carilah jalan penyelesaian seterusnya, sama ada nak duduk serumah lg dengan mentua atau carilah rumah yang berdekatan dg mentua jika suami tak mahu berjauhan dengan maknya. Sebagai menantu kita memang kena banyak mengalah dan faham isi hati mentua, belajar ambik hati dia walaupun hati x suka padanya janganlah sampai mentua berkecil hati dengan sikap kita.

      Jika nekad untuk berpisah awk berhak tuntut penjagaan anak dimahkamah, jika anak masih kecil dan awk dikira layak untuk menjaganya biasanya hak penjagaan dibagi pada ibu..tetapi ini bergantung pada penilaian mahkamah terhadap sikap dan kemampuan awak dari segi emosi dan material.
      Fikir dulu semasak2nya sebelum membuat keputusan yang awk rasa terbaik...

      Padam
  26. suami saya nekad untuk berpisah dengan saya,saya masih dalam berpantang lagi bawah pada 100 hari,dia tinggalkan saya dengan anak.saya terima inilah dugaan untuk saya dan anak,saya akan cuba ikut petua2 ni lagipun hati saya dah banyak kali disakiti dgn keegoaannya, sepanjang kami masih bersama suami saya tidak menyukai ibu saya, ibu saya seorang ibu tunggal, bapa saya sudah meninggal dunia, saya ada cuba untuk pulihkan keadaan tapi suami tidak mahukan saya lagi jadi saya terima. memang sedih tapi fikirkanlah sepanjang perkahwinan kami saya tak rasa bahagia bersama suami

    BalasPadam
  27. Sy dh bksih ngn suami hmpir 7thun..bkawin hmpir 2thun..sy bru dpat anak dn blum hbis pntg..sy tkilan ngn sikap suami yg suka sgt tgk porno..wlaupun sy dh ckap kt dia sy xsuka dia tgk porno..dia tetap tgk dblakang sy..satu hal lg dia slalu lbihkan keluarga dia drpd sy..klu dfkirkan sy ase nk bcrai drpd sy trus tertekan hdup ngn dia..tp sy xtau klu bcrai nanti tkt xblh lupakan dia..sy sgt sygkn dia..tlng sy apa yg prlu sy bt..sy sygkn dia tp sy xsgup nk truskan bula fkirkan prangai dia..

    BalasPadam
  28. Sya telh bkhwin nga suami sya bru 4 thn..mpunyai seorg ank brusia 3 thn..sya ingn mluahkn prsaan sedih n kecewa sya thdp suami sya..dia kerap mnipu sya..terlalu berahsia smpai kdang2 sya xrasa sya ni isteri dia..suka blik lwat mlm tnpa bgtau sya ape2 ..sya selalu mnangis dgn pbuantnnya..skg ni ati sya kuat mgatakn dia da org lain..kami jrang bsama..sya ingin berpisah tp serba slah krn memikirkn ank yg msih kecil..sjak akhir2 ni kami mkin kerap brgaduh..sya dh lma xmersa kbhagiaan hdup bsama..apabla time dia kna outstation dia memng jrang tel btnya khabar kami ank branak kdang2 sampai 2@3 lngsung xcall kami..sya dh mtak byk kali spaya dia lpaskn sya tp msalhnya dia xnk lpaskn sya..sya tertekan sgt2 dgn prngai dia..sya dh brbincng face 2 face dgn dia tp dia selalu mgelak n jauhkn diri..sya ni ibarat di gantung x bertali..ada suami tp mcm xda...sya xtau nk uat cmne lg..sya sygkn ank sya..sya xnk ank sya jd mgsa masalh kami..skg ni sya dh xda prsaan syg lg pd suami sya..yg da cuma kecewa n sakit ati

    BalasPadam