Nufnang

Pengikut

Jumaat, 6 Mei 2011

Ikan siakap goreng berlada

Resipi kali ni ialah Ikan siakap goreng berlada, hmm...sedap tu..!

Bahan-bahannya :

1 ekor ikan siakap.
2 biji cili atau cabai merah.
6 biji cili api atau cabai rawit.
2 ulas bawang merah.
4 ulas bawang putih.
1 sudu kicap sotong.
1 sudu teh gula.
Sedikit garam.
Sedikit serbuk perasa kalau suka.

Cara membuatnya :


- Ikan siakap yang telah disiang dan potong-potong ikut suka, goreng ikan hingga masak dan agak garing, angkat dan toskan.

- Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.

- Kemudian masukkan cili merah dan cili api yang telah dikisar/blender.

- Masukkan kicap sotong seterusnya masukkan serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa.

- Akhir sekali gaul/kacaukan sehingga sebati hanya beberapa minit sahaja, jangan terlalu lama, angkat dan hidangkan.

Ikan siakap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan: