Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Isnin, 16 Mei 2011

Persiapan menuju rumah tangga bahagia

Rumah tangga bahagia boleh diibaratkan seperti syurga dunia, merupakan gambaran kesenangan dan keindahan hidup berkeluarga. Istilah syurga dunia boleh dikatakan suatu slogan yang menipu jika pelaksanaan perkahwinan tersebut tidak dilandasi dengan niat yang tulus.

Suami isteri mesti bersedia sebelum rumah tanga didirikan lagi. Bukan mudah nak mengharungi bahtera rumah tangga yang boleh menjadi syurga dunia bagi kita.

Benarkah hubungan intim menjadi lambang keindahan perkahwinan? Mungkin ya, mungkin juga tidak.
Bahagia atau tidaknya hidup berkeluarga bukan hanya ditentukan oleh kenikmatan dari satu sisi sahaja, bukan hanya melalui hubungan intim sahaja suami isteri akan menemui keindahan dan kebahagiaan, mekipun hal ini adalah pennting.



Yang tak kurang pentingnya ialah tanggung jawab yang perlu ada, kekuatan ekonomi, mentaliti yang kukuh, intelektualiti, kesihatan fisikal dan pegangan agama yang kuat juga penting.

Dah namanya syurga dunia tentu kesenangannya hanya sementara sahaja, dan pasangan boleh merasakan manisnya perkahwinan dalam waktu-waktu tertentu sahaja. Dalamsituasi yang lain mungkin berdepan dengan masalah dan kesulitan, cara kita mengatasi masalah dan kesulitan itulah yang akan menjamin sama ada kebahagiaan kita akan kekal atau tidak.

Biasanya setelah usia perkahwinan memasuki tahun kedua, ketigs dan seterusnya, muncullah macam-macam masalah yang kecil menjadi besar dan yang besar boleh menyebabkan berpecah belah.

Sekiranya seseorang itu sudah menyedai terlebih dahulu bahwa hidup berkeluarga penuh dengan tanggung jawab, memerlukan kesabaran yang tinggi, memerlukan sifat toleransi yang tinggi, sanggup menerima kekurangan dan kelebihan pasangan apa adanya, maka kemungkinan mereka akan dapat mengharungi kehidupan perkahwinan itu dengan jayanya.

Perkahwinan bukanlah mencari kesenangan fisikal yang hanya bersifat sementara, tetapi lebih kepada untuk menggapai kebahagiaan batin. Dalam konteks agama, perkahwinan bertujuan untuk mendapatkan ketenangan dan ketenteraman hidup didunia dan akhirat atas dasar cintaa dan kasih sayang.

Semua itu bukan mudah diraih, melainkan dengan perjuangan dan disertai dengan kesabaran dan ketelitian dalam merancang perkahwinan, menentukan calon hidup, persediaan bekalan serta keperluan lainnya.

sebab perkahwinan yang dilakukan tanpa pertimbangan yang matang akan menghadirkan penyesalan, bukannya syurga yang didapat malahan kesengsaraan.

Cinta dan kasih sayang bukan lagi hanya cinta dan kasih sayang yang ketertarikannya pada fisikal semata-mata, tatapi lebih jauh dari itu. Malah kadangkala keistimewaan fisikal tidak lagi bermakna jika tidak saling menghargai, tidak ada tanggung jawab, saling bantu-membantu dan mensyukuru apa yang telah diperolehi.

Rasa cinta dan kasih sayang terwujud dengan adanya sikap tanggung jawab dan keduanya tahu hak dan kewajipan masing-masing.

InsyaAllah dengan dasar pengertian seperti ini syurga perkahwinan akan terwujud.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan