Nufnang

Pengikut

Isnin, 23 Mei 2011

Petua memutihkan gigi berkarat.

Wajah yang secantik atau setampan manapun, jika gigi kelihatan kuning akan hilang serinya.
Masalahnya kekuningan dicelah gigi memang susah nak dihilangkan jika hanya dengan menggosok gigi semata-mata.

Tapi jangan risau, anda boleh cuba salah satu cara dibawah ini untuk mengatasinya.
 apa yang perlu dilakukan ialah pilih sahaja salah satu cara dibawah ini yang mana anda mahu :


  • Ambil sebatang putik kapas, kemudian colekkan pada kapur sirih. Sapukan rata-rata pada gigi termasuklah dicelah-celahnya yang banyak kesan karat atau kekuningan. Kemudian cuci dan berus gigi seperti biasa. Lakukan selalu insyaAllah gigi anda akan putih berseri.

  •  Cara yang kedua untuk memutihkan gigi ialah : Ambil arang kayu sebesar ibu jari dan tumbuk sehingga hancur. Campurkan dengan sedikit garam. Setelah itu ambil arang tersebut dan gosokkan perlahan-lahan di bahagian gigi dengan menggunakan jari telunjuk. Lakukan selama lima minit dan amalkan seminggu sekali.

  • Cara yang ketiga : Bersihkan biji asam jawa dan gorengnya tanpa menggunakan minyak sehingga garing. Selepas itu tumbuk sampai hancur. Campurkan sedikit air dan digaul rata. Sapu pada gigi anda setiap hari dan lihat keberkesanannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 ulasan:

  1. arang yang macam mane tu,arang yang beli ker atau arang kayu yang kita membakarnya sendiri...???

    BalasPadam
  2. Arang beli pon blh..janji arang kayu jgn plak gune arang yang ada jual untuk BBQ tu...tu bkn arang kayu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh guna kan arang sabut kelapa tak????

      Padam
  3. guna jer ubat gigi yg dicelupkan dgn garam halus... insyallh gigi akn putih dan jarang diserang sakit gigi/ulser, mulut xberbau.

    BalasPadam
  4. salam ,, agak2 brpe lama kuning dekat gigi tu akan hilang kalau guna arang ??

    BalasPadam
  5. aiyoooooo......bile gosok gigi dgn kapur sireh tu....mulut jd sakit..mcm di inject dokterrr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn gune kapur tu banyak sgt, pastu jgnlah gosok kuat2..just sapu je dg berus gigi tu utk meratakannya kat gigi..bkn gosok macam kita gosok gigi ..kapurkan tajam mmglah skt..

      Padam
  6. kalau gune asam jawa disapu je ke atau digosok-gosok sekuat aty?please replay

    BalasPadam
  7. Sapu je...guna berus gigipon blh..

    BalasPadam
  8. Sakit mulut ak guna kapur sirih..

    BalasPadam
  9. guna jer ubat gigi yg dicelupkan dgn garam halus... insyallh gigi akn putih dan jarang diserang sakit gigi/ulser, mulut xberbau.

    >> nak tny, berkesan ke kaedah ni?? garam halus yang macam mana?? ada spesifik garam halus ke?

    BalasPadam
  10. Garam halus putih yg biasa kita guna utk masak tu je,kalau amalkan mmg berkesan insyaallah....

    BalasPadam