Nufnang

Pengikut

Isnin, 23 Mei 2011

Tips memikat isteri

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk sentiasa memikat hati pasangan atau isteri.
Antaranya :


  1. Bila suami pulang kerumah, carilah isteri terlebih dahulu sebelum lakukan perkara lain dan peluklah dia.
  2. Tanya soalan-soalan tertentu kepadanya, ini akan menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk dilakukan pada hari itu.
  3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya, ini akan membuatkan isteri ada masa meluahkan isi hati.
  4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sikap memahami. Jangan buat tak tahu jika isteri ada masalah.
  5. Berikan perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya dalam setiap hal.
  6. Bawakan hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
  7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
  8. Jika pada suatu malam dia letih, atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.    
  9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
  10. Tenangkan perasaannya bila dia merasa marah.
  11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
  12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan disaat-saat akhir.
  13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
  14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
  15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda. Kemudian diamlah biar dia dapat merasakan bahwa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
  16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
  17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan pulang kerumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyelahkannya pula. Dia perlu tahu agar tidak menyangka yang bukan-bukan.
  18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda menghangatkan jiwanya.
  19. Ketika dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, surat kabar atau apapun yang sedang anda baca, tutuplah TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
  20. Jika dia yang sentiasa membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya ketika dia letih. Bantulah dia menggosok bahagian yang sukar atau kerja membasuh yang sukar. Jika anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan