Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Isnin, 6 Jun 2011

Apa itu Autoriti?

Adakah anda tahu apa itu Autoriti?
Autoriti ialah sifat orang yang memandang dirinya lebih baik dari orang lain, dan selalu sahaja melihat segala sesuatu dari segi keburukannya sahaja.


Autoriti suatu istilah yang sering menimbulkan kesan yang tidak enak bila kita mendengarnya. Sama dengan kata 'egois' atau nak menang sendiri je.


Mungkin agaknya kita jarang menyisihkan waktu untuk bertanya secara jujur pada diri kita sendiri , adakah ifat-sifat itu ada melekat pada diri kita?



Salah satu penyakit hati yang berbahaya ialah sifat egois, tidak mahu kalah, selalu merasa dirinya sahaja yang benar, jika ada masalah selalu menuduh orang lain yang menjadi punca, selalu merasa diri sendiri sempurna dan orang lain tak setaraf dengannya, dia sahaja yang hebat sehingga tidak mahu mendengar segala kritikan orang lain, jika bercakap terutama dengan anak atau isteri tak pernah lembut atau memuji, salah sahaja.


Salah satu sifat orang yang autoriti ini ialah selalu mengkritik dan selalu komplen dan mengkondem orang lain, baik anak-anak sendiri ataupun isteri.


Sifat seperti ini biasanya selalu menghinggapi orang yang punyai sedikit kuasa, atau yang besar kuasanya semakin besarlah rasa bangga diri yang dimilikinya.


Sifat-sifat tersebut tidak jarang memunculkan sikap autoriti, bahkan jika dibiarkan akan berubah menjadi diktator sebutan yang dinisbahkan pada Adolf Hitler atau Benito Musolini.


Orang-orang yang memiliki sifat autoriti ini biasanya ingin semuanya berada dalam kekuasaannya, semuanya patuh padanya, semuanya mesti berjalan mengikut kehendaknya sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain walhal anak atau isteri sendiri.


Akibatnya sebaik apapun yang dilakukan orang lain akan mendapatkan cacian daripadanya, tetapi akan lentok dan hilang bisa jika dipuji melangit, segalanya boleh diserahkan termasuk harta benda dan wang asalkan mendapat nama.


Sebuah kajian menyebut bahwa para mangsa dadah, tekanan jiwa adalah mereka yang membesar dikalangan orang tua yang autoritatif, keras, mahu menang sendiri, tidak komunikatif, tidak ada dialog antara anggotta keluarga.


Jadi tak mengherankan jika anak-anak menjadi seorang yang acuh tak acuh, memberontak dan akhirnya terjebak dalam perangkap dadah dan segala yang tak elok sebagai tempat pelarian. Nauzubillah....


Sehingga muncullah ungkapan "Sikit-sikit salah, sikit-sikit salah!"
Oleh sebab kesal yang bersangatan si anak akan berkata "Kalau salah berterusan, bila benarnya?Semua yang dibuat selalu dipersalahkan, selalu mendapat kritikan dan kondem..!"


Begitulah gaya mendidik autoriti, kaku dan kurang komunikatif, tak nak faham dengan perasaan orang lain dan akhirnya akan menghasilkan anak yang selalu dalam keadaan tertekan, tidak menyenangkan, yang berhujung dengan larinya si anak dari kenyataan yang sebenar.


Begitu juga dipejabat atau perniagaan-perniagaan yang memiliki pemimpin Autoritatif. Para pekerja bekerja dalam keadaan tertekan yang selalu melihat kesalahan-kesalahan pekerjanya sahaja. Jarang memuji, menghargai, dan jarang menyapa dengan baik. Bahkan kerana jarang senyum wajahnya nampak menakutkan, akhirnya disiplin pekerja menjadi disiplin sebab takut dan terpaksa.


Mereka akan nampak taat, tapi hati tertekan, sakit hati, bahkan benci dengan bos dan merasa gembira jika bos tak ada. Pekerja akan mudah bertukar ganti sebab tak tahan dengan perangai bos, dan yang bertahan disebabkan gaji sahaja.


Kerana itu, siapapun yang memiliki sifat autoriti baik ditempat kerja atau dalam rumah tangga, ia harus bersedia menjadi orang yang tidak disukai, dibenci, oleh ramai orang dan anggota keluarga sendiri.


Wallahua'lam......



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan