Nufnang

Pengikut

Selasa, 28 Jun 2011

Kepentingan menjaga hati dari penyakit - Imam Al - Ghazali



Menjaga hati agar menjadi baik merupakan kewajipan kita sebagai muslim yang beriman. Hati adalah satu anggota badan yang sangat merbahaya, jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh badan manusia itu dan jika rosak maka rosaklah seluruh tubuh badan manusia itu.

Jika hati sudah terlanjur rosak, kotor dan ternoda, maka sangat susah untuk membersihkannya.

Perkara penting mengenai hati :

1.   1.  Allah mengetahui semua yang terlintas didalam hati dan khianatnya mata, walaupun orang lain sama sekali tidak mengetahuinya.

2.    2. Allah tidak melihat warna kulit dan bentuk rupa, namun Allah melihat kedasar lubuk hati.

3.   3.  Hati itu ibarat raja dan pemimpin yang sangat ditaati dan diikuti oleh semua organ atau anggota tubuh lainnya. Jika raja jujur dan memerintahkan yang baik-baik sahaja maka rakyat pun jujur dan sentiasa baik pula.

4.   4.  Hati itu menyimpan permata yang sangat berharga, iaitu akal.

5.  5.   Hati itu menyimpan beberapa keistimewaan, maka harus dijaga daan diistimewakan pula.

Lima keistimewaan hati :


Pertama.
1.    Hati selalu diintai musuh iaitu syaitan. Setiap saat merusaha untuk menunggangi hati dan tidak pernah berhenti, kerana syaitan tahu hati itu tempatnya ilham. Tapi ada juga malaikat yang berusaha merebut hati kita. Maka setiap waktu akan terjadi perebutan antara syaitan dan malaikat untuk memasuki hati kita.

Kedua.
2.    Hati sentiasa sibuk disebabkan didalamnya terdapat nafsu dan akal. Sedangkan antara keinginan nafsu dan akal saling bercangggah. Apa yang ingin dilakukan akal akan dihalangi oleh nafsu dan sebaliknya, ibarat perang maka hati merupakan medan perang tempat pertempuran antara akal dan nafsu.

Ketiga.
3.    Adanya bisikan-bisikan yang tak pernah berhenti. Hati tak pernah tiidur, selalu sahaja masuk fikiran-fikiran siang dan malam tanpa berhenti. Dan kita tak mampu menahannya, selalu melintas rancangan, ingatan lama, kekecewaan, rasa malu, dan lain sebagainya, yang satu pergi yang lainnya pula akan dating tanpa berhenti dan kita tak mampu membendungnya sama sekali.

Keempat.
4.    Persoalan mengenai hati dan penyakitnya adalah perkara ghaib, dan virus penyakit hati sangat cepat berkembang jika sudah menyerang hati, penyakit itu cepat keluar dan masuk kedalam hati bagaikan air mendidih keadaannya.

Kelima.
5.    Jika hati terpeleset atau tergelincir, maka bahaya yang akan terjadi amatlah dahsyat. Dan sangat mencelakakan diri kita, untuk itu kita mestilah memperkukuhkan benteng pertahanan supaya hati kita tidak mudah dicerobohi oleh syaitan dan penyakit hati.

Semoga kita termasuk kedalam golongan yang mampu mengambil ikhtibar, jangan menjadi bodoh sombong seumpama syaitan yang ingkar kepada Allah kerana merasa diri lebih baik dari Nabi Adam dan tidak mahu bersujud kepadanya disebabkan dirinya mempunyai asal usul yang lebih baik dari Nabi Adam akhirnya diusir dari syurga.

Dan semoga kita selalu terhindar dari bahaya getaran-getaran hati yang membawa penyakit dan sentiasa mendapat hidayat dan taufik dari Allah. Dan diberi kekuatan untuk memadamkan penyakit-penyakit hati dari dalam hati kita.

Nantikan post selanjutnya :Tentang penyakit hati. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 ulasan:

  1. I need to to thank you for this very good read!!
    I certainly enjoyed every little bit of it. I have you saved
    as a favorite to look at new things you post…

    Here is my site ... diatomaceous earth buy

    BalasPadam