Nufnang

Pengikut

Rabu, 22 Jun 2011

Mengingati Kenangan Masa Lalu?

Perlukah mengingati kenangan masa lalu?

Mengingati masa lalu dan menghadirkannya kembali dalam kehidupan kita yang sekarang, kemudian bersedih atas segala kelukaan dan kenangan serta kegagalan yang pernah kita lalui bukanlah tindakan yang baik, bahkan boleh dikatakan tindakan yang bodoh dan gila.

Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu atau kenangan masa lalu tidak akan pernah sekali-kali diingat dan dikenang kembali. Apalagi jika ianya melibatkan kegagalan atau kisah cinta lama yang akan menyebabkan kita terkurung dalam penjara, mengikat kita dengan kuat dan tak mengizinkan kita untuk melihat cahaya diluar sana.


Segala peristiwa tersebut tak lain dan tak bukan hanyalah sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya sudah berakhir dan tak patut diingat ingat kembali. Dengan melupakan segala peristiwa masa lalu maka tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Segalanya tidak mungkin akan berulang kembali kerana ianya sudah berakhir.

Janganlah hidup dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu atau dibawah kesedihan cinta luka masa lalu. Angkatlah diri dari fantasi tersebut yang hanya membuatkan anda mengenang kembali segala musibah yang pernah anda alami atau segala pengorbanan yang pernah anda lakukan.

Bayi tidak mungkin kembali keperut ibunya, ludah yang sudah dibuang tak mungkin dijilat kembali dan air susu ibu tak mungkin kembali ketempatnya semula, air mata yang telah jatuh tak mungkin akan kembali semula, kenapa semuanya nak dikenangkan sedangkan semua itulah yang telah mengalirkan air mata anda?

Masa lalu adalah seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri kemasa lalu merupakan keadaan yang amat menyedihkan dan menakutkan. Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyeia-nyiakan perjuangan yang selama ini telah anda lakukan dan merosak perasaan orang –orang yang berada disekeliling anda yang banyak menyokong sehingga anda sampai ketahap yang sekarang ini.

Orang yang berusaha kembali kemasa lalu tidak ubahnya seperti orang yang menggiling tepung, dan dirinya tergiling sendiri didalamnya.

Bencana akan menimpa jika kita lemah menghadapi masa lalu dan sibuk mengingati masa lalu, cuba bayangkan apa perasaan pasangan anda jika isteri atau suaminya sibuk mengingati bekas kekasih sedangkan kehidupan anda berdua tak ada cacat celanya.

Buat apa mengingati benda yang kita tak dapat dan kalaupun dapat dulu mungkin ianya tak sesempurna apa yang kita telah ada kini. Janganlah kita menyia-nyiakan istana yang kita miliki hanya kerana kabur dek gambaran istana masa lalu yang memang dah berkecai dan usang.

Padahal jika sekiranya semua jin dan manusia bersatu untuk mengembalikan masa lalu mereka tak akan mampu melakukannya kerana ianya mustahil. Tak perlulah kita melihat masa lalu dan memalingkan wajah kebelakang sedangkan jalan dihadapan masih panjang dan berliku untuk ditempuhi. Lupakanlah masa lalu yang mungkin manis, pahit, atau getir. Harungilah hidup bersama orang yang telah anda pilih untuk mengharungi kehidupan bersama.

Lupakanlah segala kegagalan masa lalu dan binalah kejayaan sebab ianya sunnah kehidupan untuk mengatasi kegagalan dan jangan sekali-kali berputus asa. Segala kegagalan adalah kejayaan yang tertunda.

Yang lalu biarlah berlalu.....

Sumber : Don’t be sad : Dr.’Aidh bin Abdullah Al-Qarni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan