Nufnang

Pengikut

Selasa, 12 Julai 2011

Resipi Kacang Buncis Istimewa

Cara membuat kacang buncis istimewa dibawah ini :
Bahan-bahannya :


  • 300 gram kacang buncis - dipotong serong.
  • 200 gram daging tanpa lemak - dihiris nipis.
  • 100 gram ccendawan butang - dibelah dua.
  • 100 ml air.
  • 1/2 biji cili benggala hijau - dihiris memanjang.
  • 3 sudu makan kicap manis.
  • 2 sudu makan sos tiram.
  • 1 batang lobak merah (wortel) - dipotong dadu.
  • 3 biji bawang merah - dikisar.
  • 2 ulas bawang ;putih - dikisar.
  • 1 cm halia - dikisar.
  • 1 sudu makan minyak sayuran.
  • 1/2 sudu makan air asam jawa.
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam.
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah/lada putih.
  • Garam secukup rasa.
Cara membuatnya :

  1. Panaskan kuali, kemudian masukkan minyak dan daging.
  2. Setelah daging masak masukkan semua bahan yang dikisar, kicap manis, sos tiram, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, air asam jawa, dan garam secukup rasa. Kacau rata kemudian biarkan sekejap.
  3. Masukkan lobak merah, cendawan, cili benggala, dan kacang buncis. Kacau dan biarkan selama 2 atau 3 minit kemudian angkat.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan:

  1. urm..kalaw daging tue tukar kepade ayam oke x?coz sayer x mkn daging sgt larh..huhu

    BalasPadam