Nufnang

Pengikut

Ahad, 10 Julai 2011

Resipi Masam Manis Ayam Berbuah

Cara membuat Masam Manis Ayam Berbuah Dibawah ini.
Bahan-bahannya :


  • 500 gram ayam.
  • 1 sudu makan minyak sayuran.
  • 5 suudu makan sos tomato.
  • 1/2 sudu makan sos tiram.
  • 1/2 biji mangga - dihiris memanjang.
  • 1 biji epal - potong bentuk kiub/baji.
  • 200 ml air.
  • 250 gram nenas  - dipotong dadu.
  • 1 batang lobak merah - dipotong bulat.
  • 5 biji bawang merah.
  • 1 ilas bawang putih.
  • 1 cm halia - dikisar/blender.
  • 1 sudu makan air asam jawa.
  • 1 sudu teh serbuk kunyit.
  • Garam secukup rasa.
Cara membuatnya :

  1. Ayam dipotong kecil dan digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Ketepikan.
  2. Panaskan bekas kaserol pada paras 'high' selama 2 minit, atau boleh juga gunakan kuali biasa.
  3. Kemudian masukkan minyak dan ayam dan tekan 'high' selama 2 minit, atau boleh goreng ayam macam biasa.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar, sos tomato, sos tiram, air asam jawa, gula merah, dan air kedalam bekas lain sebelum dituang kedalam  kuali atau bekas kaserol tadi. Tutup kuali dan masak selama 10 minit, jika menggunakan kaserol masak pada tahap 'high' selama 10 minit.
  5. Masukkan lobak merah dan masak biarkan sekejap. (jika menggunakan kaserol masak pada tahap medium selama 15-17 minit).
  6. Kacau sebanyak 2 kali.
  7. Kemudian masukkan nenas, hirisan epal, hirisan mangga, biarkan beberapa saat dan angkat. Jika menggunakan kaserol masak pada tahap medium selama 5 minit dan angkat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan