Nufnang

Pengikut

Jumaat, 28 Oktober 2011

Cantik dalam masa satu minit


Sampoo bayi untuk hilangkan mekap dengan mudah.

Memang tak elok tidur dengan mekap masih melekat kat muka, ianya tak elok untuk kulit dan boleh menyebabkan kulit mejadi rosak dan kering serta hilang kelembapannya.
Jika makeup remover yang lainnya tak sesuai untuk kulit wajah anda dan harganya mungkin terlalu mahal, sampoo bayi adalah pilihan yang paling baik.
Sebelum mencuci muka dengan sabun muka, tuangkan sedikit sampoo bayi jenama apa sahaja ke kapas muka, tuala kecil, atau tisu. Lapkan kemuka anda sehingga makeup yang melekat kat muka hilang.

Selepas itu bolehlah anda basuh muka dengan air macam biasa. Kalau nak gunakan sabun selepas tu pun boleh.

Serbuk kopi dan minyak zaitun untuk muka bersinar.

Boleh digunakan setiap pagi, ambil sesudu serbuk kopi (kopi original bukannya nescafe..), campurkan dengan sedikit minyak zaitun.
Gaulkan hingga rata, buat hingga campurannya jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
Kemudian scrubkan kat muka selama satu minit, dan bilas lalu basuhlah muka anda maam biasa.
Campuran ini boleh membuatkan kulit anda menjadi cerah dan lembut. 

Campuran gula dan madu untuk bibir yang lembut dan cantik.

Jangan risau jika bibir anda pucat dan merekah serta tak cantik.
letakkan sedikit madu ditapak tangan kiri anda (atau kanan jika anda kidal...), kemudian ambil secubit gula pasir, gaulkan rata dengan madu tadi.
Gunakan untuk menggosok bibir anda selama beberapa saat, selepas itu lap denga tuala lembab.
Madu memiliki lembapan semula jadi, dan gula boleh mengelupaskan tanpa mengeringkan kulit bibir.

Ramuan ini juga boleh digunakan untuk menyental muka setiap hari, hasilnya pasti menyenangkan anda.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan