Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Rabu, 2 November 2011

Fakta-fakta yang harus diambil berat oleh lelaki

Kurangnya kesedaran terhadap pendidikan kesihatan dan pola perilaku yang dipengaruhi oleh budaya dan cara lelaki dibesarkan, kehidupan peribadi dan pekerjaannya telah menyebabkan kesihatan serta kesejahteraan kaum lelaki semakin menurun secara perlahan. dalam abad ini jangka hayat lelaki dijangka menurun 10 % atau 7 tahun lebih pendek dari kaum wanita.

Penurunan ini disebabkan oleh beberapa faktor, alasan utamanya kerana lelaki dibiasakan untuk berfikir bahawa bereaksi terhadap adanya rasa sakit pada jiwa dan raga bukanlah tindakan yang jantan. Akibat menyimpan perasaan ini lelaki teededah kepada pelbagai penyakit pembunuh seperti jantung, kanser, bunuh diri, kecelakaan dan kekerasan. lelaki juga sering mengabaikan tanda dan gejala yang muncul sampai masalah menjadi terlalu serius.

Untuk itu janganlah sesekali anda abaikan 10 fakta dibawah yang mungkin dapat menyelamatkan kehidupan anda :

1. Penyakit jantung.


Ia adalah penyebab utama kematian lelaki. Satu daripada lima lelaki  diserang penyakit jantung sebelum usia 65 tahun. Antara usia 25 hingga 75 tahun,  angka kematian lelaki akibat penyakit jantung adalah  2-3 kali lebih besar daripada wanita dikelompok usia yang sama.

Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar kes penyakit jantung berkaitan dengan makanan/diet dan stres atau tekanan.

2. Kanser.

Walaupun kanser semakin banyak menyerang kaum wanita, pada usia 75 tahun lelaki memiliki kemungkinan dua kali lebih besar untuk meninggal kerana kanser, antaranya:

  • Kanser prostat : Kemungkinan seorang lelaki diserang kanser prostat ialah 1 berbanding 11. Penyakit ini mempunyai harapan hidup sehingga 80% jika dikesan awal. Setiap lelaki diatas 40 tahun harus menjalani PSA (Prostate Specific Antigen) sekurang-kurangnya 3 tahun sekali. Bagi yang berumur diatas 50 tahun lakukan ujian setahun sekali.
  • Kanser testis (buah zakar): Kanser testis biasa ditemukan pada lelaki dalam lingkungan usia 15-35 tahun. Jika dikesan awal harapan hidup adalah 87%. Setiap lelaki dari usia 15 tahun harus melakukan pemeriksaan testis sendiri setiap bulan untuk mengetahui jika terdapat benjolan atau tidak pada testis.
  • Kanser kolon : Penyakit ini dapat menyerang siapa sahaja, namun risikonya meningkat dengan adanya fatror keturunan, makanan tinggi lemak, dan rendah serat dan usia diatas 50 tahun. Jika dikesan awal dan mendapatkan erawatan, peluang untuk sembuh adalah 95%. Kaedah yang dilakukan adalah Ujian darah tersembunyi ( feses Faecal Occult Blood Test). Ujian secara mikroskopik untuk melihat sama ada terdapat sel kanser atau tidak pada najis.
3. Bunuh diri.

Kira-kira 4 dari 5 kematian mangsa bunuh diri adalah lelaki, Misalnya anak lelaki berusia 10-18 tahun memiliki kemungkinan untuk bunuh diri 4-5 kali lebih besar dibandingkan dengan anak perempuan. Lelaki lebih kecil kemungkinannya untuk mendapatkan bantuan terapi kejiwaan kerana rasa takut untuk disebut kurang macho.

4. Kcelakaan.

Lebih kurang 9 dari 10 kecelakaan maut ditempat kerja terjadi pada lelaki kerana mereka memegang 10 jenis pekerjaan paling berbahaya. Ditambah lagi dengan kecelakaan jalan raya yang melibatkan lelaki yang menjadi mangsa.

5. Kekerasan.

Memang secara naturalnya lelaki lebih agresif sifatnya dibandingkan dengan wanita. Yang mungkin disebabkan oleh hormon lelaki, testosteron. Lelaki juga memiliki kemungkinan 20 kali lebih besar untuk dimasukkan kedalam penjara atau hospital sakit jiwa dibandingkan dengan wanita.

6. Ketagihan.

Lelaki juga merupakan mangsa terbesar akibat ketagihan yang merosakkan kesihatan. lebih dari  dua pertiga pencandu alkohol adalah lelaki. Dan lebih dari 80% mereka yang menderita penagihan dadah adalah lelaki. Budaya 'macho' mungkin mendorong mereka yang bermasalah untuk mengambil jalan lain bagi melampiaskan letupan-letupan emosinya, seperti minum alkohol dan dadah.

7. Rawatan dihospital.

Walaupun jumlah kunjungan lelaki ke doktor 25% lebih rendah dibandingkan dengan wanita, tetapi ternyata dua pertiga pesakit yang ditangani dibahagian kecemasan adalah lelaki. Mereka juga lebih lama dirawat dihospital kerana keadaan mereka yang lebih parah.

8. Impotensi/mati pucuk.

Ketidak mampuan untuk ber ereksi adalah masalah yang lebih dari sekedar masalah biasa. Penyebabnya mungkin sahaja masalah psikologi, mungkin juga sebab masalah ubat-ubatan , penurunan tekanan darah, merokok, alkohol atau diabetes.

9. Penyakit jangkitan seksual.

Penyakit jangkitan seksual merupakan penyakit ayng berpanjangan dan akan dihidapi sepanjang hidup jika telah terkena. Lelaki yang aktif kehidupan seksualnya mesti memgamalkan seks yang bersih dan suci serta aman. Dan hindari dari melakukan hubungan seks dengan banyak pasangan.

10. Stres/tekanan - Kematian orang yang dicintai.

Masalah perkahwinan, anak yang masih kecil, masalah kewangan, gangguan kesihatan, pekerjaan, dan beban pekerjaan yang berat adalah sebahagian masalah penyebab stress.
Stres adalah sebahagian daripada 'tanggung jawab' yang dipikul lelaki sebagai ketua rumah tangga. Jika ia berhasil diatasi, pasti akan membuat seorang lelaki dapat menjalani hidup dengan penuh kepuasan.

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 ulasan:

  1. salam,

    sukma, jawab utk soalan2 ramai yg tnye utk thread ni.

    http://www.lamanpetuasukma.com/2011/03/petua-hilangkan-bulu-roma-di-badan.html?showComment=1320208395139#c5252233614250025132

    awk xjwb2 huhu~

    BalasPadam
  2. Salam....dah jawab dah..sorry lambat cket.hik hik.

    BalasPadam