Fungsi
organ manusia dan system endokrin akan beransur mundur apabila usia semakin
meningkat. Kita akan mengahadapi tanda-tanda penuaan seperti kurang
ketangkasan, beremosi, kekedutan kulit, dan keupayaan seksual menurun.
Terjadinya
proses penuaan berpunca dari menurunnya system endokrin , dimana paras
kandungan kimia yang dipanggil hormon dalam badan manusia akan berkurangan.
Pengurangan
kandungan hormon utama dalam badan kita akan menyebabkan berlakunya proses
penuaan. Proses ini turut melemahkan otot-otot dan tulang, pengumpulan lemak
badaan, kemerosotan fungsi otak dan penyakit-penyakit orang tua.
Tabiat yang
tidak sihat akan dapat mempercepatkan lagiproses penuaan ini. Antara factor
yang menyumbang masalah penuaan dini atau awal ialah:
- · Makan dan minum berlebihan.
- · Kurangnya senaman fizikal.
- · Minuman keras yang berlebihan.
- · Salah guna ubat-ubatan.
- · Tekanan/stress.
- · Menghisap rokok.
- · Cara pemikiran yang tidak sihat.
Anggapan yang kurang selesa
berkaitan dengan penuaan biasanya ialah tua dan sakit, terkongkong dengan
kerusi roda, atau menunggu ajal. Penyakit yang berkemungkinan besar akan
dijangkiti masa tua ialah kencing manis, sakit buah pinggang, strok, barah,
jantung, darah tinggi dan lain-lain.
Sebenarnya penyakit-penyakit
tersebut boleh dielakkan melalui pendedahan maklumat dan pendidikan kesihatan,
cara hidup yang sihat bermula dari usia 25 tahun keatas, pencegahan adalah
lebih baik dari merawat. Dengan perkembangan pesat teknologi rawatan moden, rawatan
canggih dan perubatan dapat membantu melambatkan atau mengelakkan proses
penuaan.
Dari segi penjagaan luaran pula
boleh dilakukan denganrawatan muka, badan, dan pengambilan vitamin dan makanan
yang berkhasita terutama buah-buahan dan sayuran. Proses penuaan pasti akan
dating, itu sudah lumrah kehidupan. Tetapi kita dibolehkan untuk menjaga badan
kita untuk mengelakkan penuaan dini/awal sebagaitanda syukur kita atas ciptaan
Allah yang terbaik ini.
Jagalah tubuh badan kita, sayangi
diri kita sebelum kita menyayangi orang lain. Insaallah kita juga yang akan
mendapat keuntungannya jika badan kita selalu sihat, ceria dan awet muda.
Jangan lupa berdoa semoga usia kita diberi keberkatan olehNya.
0 comments:
Catat Ulasan