Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Rabu, 2 November 2011

Tips Sihat yang perlu anda tahu

Para wanita mempunyai banyak faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit yang serius dalam dunia moden yang  serba segera sekarang ni. Diantaranya penyakit jantung, kanser, stroke, penyakit paru-paru,  diabetes, darah tinggi dan lain-lainnya.

Ianya boleh diubah jika kita memberi perhatian terhadapnya dan dengan mengikuti tip-tip dibawah ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengurangkan risiko dihinggapi penyakit merbahaya tersebut. Pada mulanya mungkin sukar tetapi ianya boleh dilakukan jika menjadi rutin yang menyihatkan anda setiap hari.

Tip-tip tersebut ialah :

1. Jangan merokok.

Merokok boleh menyebabkan penyakit paru-paru kronik, jantung, penuaan awal, kanser dan lain-lain lagi penyakit yang boleh membahayakan nyawa anda apatah lagi jika pada masa yang sama anda juga menggunakan alat pencegah kehamilan, maka risiko untuk mendapatkan kanser semakin tinggi. Elakkan juga terus-menerus terdedah kepada asap rokok meskipun anda tidak merokok, kerana bahaya terdedah kepada asap rokok sama seperti anda merokok.

2. Kurangi kolesterol.

Kolesterol dalam darah yang tinggi merupakan faktor risiko utama penyakit jantung dan secara tidak langsung akan meningkatkan risiko strok. Menurut 'American Heart Association' sebagai wanita bermula dari usia 55 tahun, kolesterol anda akan cenderung meningkat bila dibandingkan dengan lelaki.

Cubalah ambil makanan rendah lemak, minum susu rendah kelosterol untuk menjaga kekuatan tulang, dan gunakanlah minyak zaitun sebagai ganti minyak masak yang biasa kita gunakan sekarang. Memang harganya agak mahal jika dibandingkan dengan minyak masak biasa tetapi khasiatnya sangat baik untuk kesihatan jantung dan badan kita.

3. Perhatikan berat badan anda.

Jika berat badan anda meningkat terlalu banyak ini adalah masalah kesihatan bukannya kebanggaan. Risiko menghidap tekanan darah tinggi akan meningkat jika berat badannya meningkat lebih dari 9 kg dari berat badan yang dianjurkan.

Jika anda mempunyai terlalu banyak lemak, khususnya didaerah pinggang anda akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang lain seperti diabetes, penyakit jantung dan strok. Cubalah hindari makan terlalu banyak karbohidrat seperti nasi, mie, manisan dan makanan berlemak. Makanlah dalam jumlah yang sedikit sahaja.

4. Hindari memakan lemak berlebihan.

Makanan yang tinggi lemak seperti daging, keju, mentega, kek, makanan segera dan makanan dalam tin, boleh meningkatkan risiko kanser dan menyebabkan kematian awal. Penyakit utama yang mungkin dialami ialah kanser payudara dan kolon.

5. Makanlah banyak sayuran.

Diet yang kaya dalam sayuran dan buah-buahan akan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Kajian juga menunjukkan hubungan antara memakan sayuran tertentu dapat mengurangkan risiko kanser seperti brokoli dan kobis. Tetapi adalah lebih baik anda makan pelbagai jenis sayur-sayuran segar berdaun hijau, labu kuning, lobak merah, tomato yang semuanya baik untuk kesihatan anda. Cubalah sayuran baru setiap kali anda kepasar untuk mengelakkan rasa bosan terhadap satu jenis sayuran sahaja.

6. Istirahat yang cukup.

Untuk mengekalkan kesegaran dan kesihatannya, tubuh anda perlukan rehat yang cukup. Anda boleh pilih cara anda sendiri untuk menenangkan badan, meditasi, menarik nafas dalam-dalam, membaca, atau berjalan-jalan secara santai asalkan dapat menenangkan anda dan ianya juga sihat untuk badan.

7. Bersenam.

Setiap bentuk senaman akan dapat membantu kesihatan badan anda, dari yang paling ringan hingga yang berat. Jika badan anda sihat hiduppun akan lebih produktif. Jika anda belum berpeluh cubalah meletakkan kereta ditempat yang agak jauh supaya anda boleh berjalan kekedai, atau kepasar (jika taknak berpeluh masa nak pergi kerja jangan parkir jauh masa ni ).

Naiklah tangga daripada eskalator juga dapat membuatkan anda bersenan secara tak langsung, dan dirumah pulak ajaklah anak bermain yang boleh membuatkan anda bergerak sama.

8. Lakukan pap smear secara teratur.

Pap smear amat penting untuk wanita yang berumur 30 tahun keatas atau yang dibawah 30 tetapi sudah berkahwin. Dengan melakukan ujian pap smear boleh mengesan sebarang perubahan pra-kanser dalam mulut rahim pada peringkat awal. Jika dikesan dan dirawat awal akan dapat mencegah terjadinya kanser dimulut rahim. Lakukanlah ujian pap smear setahun sekali secara teratur.

9. Periksalah tekanan darah anda.

Tekanan darah tinggi biasanya tidak disrtai dengan gejala fizikal, anda mungkin meengalaminya tetapi tidak mengetahuinya sama sekali. Makin tinggi tekanan darah anda, makin besar risiko anda mengalami penyakit jantung. Bincangkanlah dengan doktor langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mempertahankan tekanan darah anda pada tahap yang sihat.

10. Lakukanlah pemeriksaan payudara secara teratur.

Anda boleh melakukan ujian mamogram satu atau dua tahun sekali, tetapi ujian sendiri boleh dilakukan dirumah. Ketika anda mandi (seelok-eloknya semasa anda datang haid), gunakanlah sabun dan cuba tekan-  tekan kedua belah payudara anda secara rata, cuba rasa jika ada benjolan atau ketulan. Jika terdapat ketulan biarpun kecil segeralah berjumpa doktor.

Semoga tips diatas akan dapat membantu anda dan saya untuk menjalani kehidupan dengan lebih sihat.
Allah kurniakan badan dan kesihatan untuk kita, sebagai tanda terima kasih dan bersyukur atas kurniaan tersebut kita kena jaga diri kita dengan sebaik-baiknya.

 agak mahal dibandingkan minyak masak biasa tetapi khasiat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 ulasan:

  1. Thank you friend i find your blog very informative.

    mlm software noida

    BalasPadam
  2. I was looking for such kind of post since a long time to understand this topic in well manner. Now I am satisfied and got lots of thing after visiting this post.

    BalasPadam
  3. Blogs are what make a people interactive and social. The most popular blogs have a very interactive community who voice their opinions on posts frequently. This post is one of them. I liked it.
    Escorts in Mumbai

    BalasPadam
  4. Tq so much for the information.

    BalasPadam