Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Selasa, 14 Februari 2012

Kesan sampingan ubat-ubatan.


Siapa yang cakap makan ubat tiada kesan sampingannya? Setiap jenis ubat baik yang dibeli secara bebas mahupun yang mendapat preskripsi daripada doktor memang ada kesan sampingannya yang tersendiri. Kecuali yang benar-benar dibuat daripada bahan tradisional dan semula jadi. Walaupun kebanyakannya kesannya adalah minor atau kecil, tetapi ada juga yang boleh menyebabkan rasa lain macam dan ada yang menyebabkan kesan sampingan serius bahkan terkadang pelik!
Kesan sampingan ubat yang paling biasa dijumpai adalah berkaitan dengan sistem pencernaan, terutama rasa mual dan senak perut. Atau rasa berdebar-debar yang melampau, lemah badan dan sendi. Untuk ubat sapuan pula ada yang menyebabkan iritasi kulit.
Dibawah ini pula beberapa kesan sampingan ubat yang "pelik" :

  1. Makan semasa tidur. Beberapa jenis ubat insomnia memang boleh membentu untuk datangnya rasa mengantuk bagi yang menderita susah tidur. Tetapi ramai pengguna ubat ini yang mengeluh dengan kebiasaan yang pelik, seperti berjalan dalam tidur, makan malah boleh berhubungan seks sambil tidur.
  2. Susah nak tidur. Ubat untuk menurunkan kolesterol jenis statin pada sesetengah orang boleh menyebabkan susah tidur.
  3. Selalu buang gas atau terkentut. Ada ubat penurun berat badan yang menyebabkan kesan sampingan seperti ini, menyebabkan selalu terkentut tak kira masa. Najis berlendir, hingga cirit-birit. Ubat tersebut mungkin memang efektif untuk mencegah penyerapan lemak di usus, tetapi jika kita banyak makan makanan berlemak, maka kesannya adalah cirit birit dan najis bercampur lemak.
  4. Cap jari hilang. Seorang pesaakit kanser mengambil ubat jenis capecitabine dilaporkan mengalami kesan sampingan yang pelik, cap jarinya hilang. Hal ini hanya deketahui ketika dia sedang diperiksa oleh pegawai imigresen di Airport. Kesan sampingan pelik lainnya yang mungkin timbul dari ubat-ubatan tersebut adalah kulit menjadi sangat halus, pendarahan, serta kudis dikulit. Menurut doktor yang merawat, sebaik ubat tersebut berhenti diambil maka cap jari pesakit tersebut akan segera kembali. 
  5. Indera penciuman terganggu. Ubat Vasotec yang biasa digunakan untuk mengawal masalah tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung diketahui boleh menyebabkan kesan sampingan berupa hilangnya kemampuan untuk mencium bau-bauan.
  6. Mimpi buruk. Merokok boleh menyebabkan penyakit kronik. Salah satu ubat untuk menghentikan ketagihan terhadap rokok jenis Chantix, ianya terbukti cukup efektif tetapi menyebabkan beberapa kesan sampingan. Ramai pengguna ubat ini yang mengeluh mengalami gangguan insomnia, serta jika mereka tidur akan mengalami mimpi buruk.
  7. Penglihatan menjadi biru. Seorang lelaki di Britain yang kerap menggunakan Viagra untuk masalah seksnya mengakui pandangannya menjadi biru selepas kerap mengambil ubat ini.
  8. Gairah seks meningkat. Restless Leg Syindrome (sindrome kaki sentiasa bergerak) boleh membuat tidur tak lena. Salah satu ubatnya ialah jenis Mirapex, yang juga biasa digunakan untuk mengubati parkinson ternyata boleh menyebabkan kesan sampingan seperti adanya dorongan untuk berjudi, makan dengan banyak, dan gairah seks terlalu tinggi.
  9. Najis berwarna hitam. Beberapa jenis ubat, tarutamanya ubat panas dada dan cirit birit kadangkala boleh menyebabkan kesan sampingan pelik tetapi tidak merbahaya. Pesakit mengalami rasa tebal dan hitam dilidah, serta najis berwarna hitam. 
  10. Jantung berdebar. Hal ini biasanya disebabkan terlebih dos, ada juga pesakit yang jika diberi dos yang rendah tak baik tapi kalau diberi dos tinggi pulak mengalami jantung berdebar, kepala pening dan lain-lainya. Tanyakanlah kepada doktor yang memberi ubat dan laporkan apa sahaja yang terjadi pada doktor yang memberi ubat supaya tindakan susulan segera dilakukan.
Menggunakan bahan-bahan semula jadi adalah yang terbaik, herba merupakan pengubatan alternatif sejak zaman dahulu lagi. Apapun ketahui kandungan herba atau ubat-ubatan yang anda minum. ok....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan