Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Selasa, 14 Februari 2012

Petua mengatasi senggugut dan terlambat datang bulan


Ramai gak yang bertanya dengan saya macam mana caranya nak mengatasi masalah terlambat haid atau datang bulan atau period. Ada yang period setiap bulan , tapi seksa dengan  senggugut pulak.
Jangan risau, saya ada jalan penyelesaiannya, petua ni memang elok. Percaya tak, semenjak dari zaman anak dara sampailah anak dah bujang skang ni, alhamdulillah belum pernah saya megalami senggugut ataupun sakit melampau semasa period. Dan dah ramai kawan-kawan yang saya bagi petua ni untuk mengatasi masalah diaorang...Harap-harap bolehlah dijadikan panduan. InsyaAllah...
Ubat untuk mengatasi masalah terlambat datang bulan atau period :
Bahan-bahannya :
  • 1 biji limau nipis (limau nipis je, yang lain tak boleh).
  • 2 buku ubi kunyit sebesar ibu jari ( ditumbuk lumat).
  • Sedikit kapur sirih.
  • Sedikit garam (secubit sahaja).

Cara membuatnya :
  • Limau nipis dibelah dua dan perah airnya, asingkan sementara. ( Jangan lupa buang bijinya).
  • Tumbuk atau parut atau blender kunyit dan letakkan setengan gelas air, kacau dan tapis.
  • Campurkan air kunyit yang sudah ditapis tadi dengan air limau nipis, kapur sirih (secalit sahaja), dan garam.
  • Gaul dan kacau hingga rata lalu minum sekali sehari sebelum tidur. Lakukan selama 5 atau 7 hari.
Petua diatas boleh dibuat setiap bulan selama 5 atau 7 hari setiap bulan.
Selepas period datang macam biasa hentikan penggunaan.

Atau jika anda sudah berkahwin dan punya beberapa orang anak tetapi tidak mahu mengandung lagi atas sebab-sebab tertentu bolehlah amalkan petua ini setiap bulan, so tak payahlah nak makan pil perancang yang ada kesan sampingan. Tetapi jika anda mengandung dilarang mencuba petua ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan