Nufnang

Pengikut

Selasa, 20 Mac 2012

Cara - cara rutin untuk cantik.

Sebagai wanita yang sentiasa sibuk tak kira masa, dengan rutin kerjaya yang tidak pernah surut, ditambah lagi dengan kewajipan mejaga dan menguruskan keluarga, anda sebenarnya juga perlu meluangkan masa untuk melakukan rejim penjagaan diri sendiri supaya sentiasa kelihatan cantik dan sihat.

Apakata laburkan sedikit wang untuk mendapatkan kecantikan dan kesihatan sepanjang tahun. Antara tips tersebut :

Penjagaan wajah.

  1. Mencuci muka. Disarankan 2 kali sehari utnuk setiap wanita, selepas bangun tidur dan sebelum masuk tidur. Ini untuk membersihkan muka dari sisa-sisa solekan dan kotoran yang melekap dimuka.
  2. Menyegarkan wajah. Fungsinya adalah untuk menyegarkan kulit dan merapatkan pori-pori yang terbuka.
  3. Melembabkan kulit. Jika anda sudah berusia 30an, maka kulit tidak seanjal dahulu dan perlu sentiasa memakai pelembab untuk memperlahankan proses penuaan.
  4. Menyental wajah. Sesuai untuk menyingkirkan sel kulit mati dan diamalkan sekali seminggu.
  5. Pemakaian masker. Amalkan secara rutin seminggu sekali bagi kulit yang tidak bermasalah dan dua kali seminggu bagi kulit bermasalah terutama jerawat.
  6. Rawatan wajah. Sebulan sekali anda boleh memanjakan dirri dipusat rawatan wajah untuk mendapatkan rawatan wajah secara ekslusif.
  7. Pakai pelindung tabir suria atau UV protection sebelum keluar rumah. Tahukah anda SPF adalah cara yang paling efektif untuk mengelakkan kulit cepat matang kerana penyebab kulit matang adalah matahari, jadi jangan tinggalkan lagi krim SPF anda mulai dari sekarang.
Penjagaan Rambut.
  1. Gaya hidup sihat. Seperti rajin berolahraga atau bersenam secara teratur, mengambil makanan bergizi, juga bertenang agar fikiran tidak menjadi stress. Untuk makanan, anda dapat mengkonsumsi makanan yang mengandungi Vitamin A,C,E, kerana zat ini sangat baik menjaga kesihatan rambut.
  2. Tidur yang cukup dan nyenyak setiap hari. Bila tidur anda terganggu, ia akan menyebabkan pengaliran darah tidak lancar. Akibatnya rambut tidak mendapat nutrisi yang cukup hingga menyebabkan rambut kusam. Jadi jangan bebani fikiran anda dengan hal-hal sebegini.
  3. Gunakan produk yang sesuai. Bila menggunakan produk perawatan rambut, perhatikan isi kandungannya. Hindari produk yang mengandungi alkohol yang tinggi kerana kandungan tersebut dapat merosakkan rambut.
  4. Jika berenang pakai tutup kepala. Supaya rambut tidak bercampur dengan air kolam yang banyak mengandungi klorin, dan bahan kimia yang lain yang booleh merosakkan rambut.
  5. Gunakan sikat dari kayu. Sikat kayu dapat mengurangi keguguran rambut berbanding sikat plastik. Selain itu, jaga juga kebersihan sikat agar kotoran yang ada disikat tidak melekat pada rambut anda.
Penjagaan Badan.

  1. Kuku. Selalu membersihkan kuku dengan  merendam dalam air hangat dan menggunakan sabun lembut khas untuk kuku. Selain itu selalu memotong kuku dan membuang bahagian yang tidak perlu.
  2. Tangan. Gunakan losyen yang sesuai selepas sahaja membuat kerja yang menggunakan bahan kimia seperti membasuh punggan mangkuk dan baju. Ini utnuk memastikan tangan anda tidak terkena kesan dari bahan kimia tersebut.
  3. Kaki. Sebagai anggota yang sentiasa bergerak, anda perlu memberi tumpuan lebih pada bahagian ini, pastikan anda periksa seluruh bahagian kaki setiap hari dengan mencari atau merasai antara celah-celah jari kaki dan kawasan tumit. Pastikan sama ada terdapat luka, rasa sakit, melecet, atau parut. Basuh kaki setiap hari dengan air suam dan sabun yang lembut. Keringkan kaki dengan tuala lembut dengan menepuk secara perlahan. Pastikan anda turut mengeringkan bahagian antara jari kaki kerana kulit yang lembab boleh membawa jangkitan. Jika kaki kering, anda boleh gunakan pelembap untuk mencegah keretakan.
  4. Payudara.  Pilih coli mengikut saiz yang betul dan perlu periksa saiz payudara anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
  5. Perut. Sebagai wanita, anda perlu menjaga agar tidak buncit yang hanya membuatkan penampilan tampak buruk. Dua tips untuk menghindarkan perut buncit iaitu mandi terlebih dahulu baru makan, dan jangan minum air ketika makan yang hanya akan mengembangkan perut buncit.
  6. Pinggul dan peha. Kawasan yang banyak mengumpul lemak dan anda masih boleh mendapatkan bentuk idaman dengan usaha keras, mungkin meletakkan krim pemecah selulit dan juga melalui senaman tertentu.
  7. Telinga dan hidung. Pastikan setiap kali sebelum keluar, anda melihat dua kawasan ini bersih daripada sebarang kekotoran yang hanya akan membuatkan penampilan anda buruk.
  8. Siku dan lutut. Jarang bahagian ini diberi perhatian kerana agak tersembunyi namun sebagai wanita yang perihatin dengan kecaantikan, anda harus memberi lebih perhatian dengan menggunakan penyental dibahagian ini dan lama-kelamaan, ia mungkin akan lebih cerah dan bersih dari yang asal.
  9. Gigi. memberus gigi secara berkesan dan berkala membantu membersihkan sisa makanan dan plak gigi serta mencegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (periodantium), dan mengelakkan nafas berbau (halitosis).
Tips lain.
  1. Tampil dengan sedikit solekan. Bukan bermakna anda harus tampil seperti opera atau bersolek dengan menggunakan segala peralatan mekap. Mungkin hanya dengan bedak kompak, sedikit pemerah pipi, celak dan pengilat bibir mampu memberi kelainan pada penampilan anda seharian.
  2. Periksa barangan mekap secara berkala. Jika dibiarkan bekas mekap tidak dibersihkan, maka akan menyebabkan penyebaran bakteria sehingga alat mekap akan cepat habis tarikh luput. jangan lupa membersihkan beg mekap anda sekurang-kurangnya setahun sekali atau gantikan sahaja dengan yang baru. Maskara tahan untuk 3-4 bulan manakala celak jenis pensil pula tahan sehingga 3 tahun jika selalu diasah.
  3. Manjakan diri di SPA. Sebagai wanita kerjaya yang sentiasa sibuk, tiada salahnya anda memanjakan diri di spa atau saloon untuk mendapatkan rawatan badan bagi melegakan tubuh yang agak lesu, jika tidak mampu untuk melakukannya sebulan sekali, mungkin 3 bulan sekali antara alternatif yang boleh dilakukan.
  4. Sesuaikan solekan dengan majlis. Perlu bijak mengenakan solekan supaya tidak kelihatan aneh ketika mnghadiri majlis atau aktiviti atau solekan ke pejabat dan juga waktu malam. Anda pasti tidak mahu kelihatan keterlaluan sehingga mengganggu  visual orang lain.
  5. Hitam itu menawan. Tips yang paling pantas untuk memilih busana yang sesuai buat anda yang bertubuh gempal kerana ilusi warna hitam ini mampu mengembalikan susuk tubih menawan sehingga terlihat langsing.
  6. Jaga postur. Tubuh bongkok akan membuatkan anda nampak sedikit berisi. Sebaik-baiknya tarik nafas dan berjalanlah dengan tegak, ini membuatkan anda tampak lebih yakin, lebih sihat dan segar.
  7. Oleskan minyak wangi tapi jangan keterlaluan. Untuk memastikan minyak wangi anda berkembang secara baik, oleskan minyak wangi sekurang-kurangnya satu jam sebelum keluar supaya baunya mesra dengan minyak pada kulit. Ingat..! Jangan gunakan terlalu banyak, pengsan pla nanti mereka yang mencium baunya.
  8. Senaman secara berkala. elain melakukan kerja rumah, anda uga seharusnya melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dalam jangka masa 20 minit sehari boleh membakar lemak. Lakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti berjalan, menaiki tangga, berbasikal dan berenang. Menari juga adalah cara yang baik untuk senaman tambahan. Ia juga boleh mengurangkan berat badan dan kesihatan dan kesegaran badan akan menjadi bertambah baik.
  9. Makanlah Vitamin tambahan untuk kulit seperti Vitamin E, Vitamin C, B complex dan lain-lain untuk membantu menambahkan lagi kecantikan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan