Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Isnin, 30 April 2012

Bermimpi boleh membuat seseorang makin pandai, betul ke?

Pada masa tubuh badan kita beristirehat, otak kita tetap aktif.
Hal inilah yang menyebabkan manusia boleh bermimpi ketika tidur. Ada bukti yang mengatakan bahawa mimpi boleh membuatkan orang menjadi lebih pandai.

Segala pengetahuan yang telah diserap otak pada siang hari biasanya akan terpotong-potong menjadi khayalan pelik yang terhasil dimalam harinya.Para saintis telah menemukan bahawa bermimpi mengenai semua benda yang sudah dipelajari berkaitan rapat dengan peningkatan aktiviti dari sesuatu yang dimimpikan.

Ketika kita sedang tidur, para pengkaji menunjukkan pola aktiviti otak yang ama dialami ketika tubuh badan kita berjaga. Pada tahun 2011, Unit Gangguan Tidur Hospital Pitie'-Salpetriere di Paris menjalankan uji kaji untuk memastikan hal ini benar atau tidak.



Para pengkaji mengajarkan serangkaian gerakan tari kepada sekumpulan pesakit yang memiliki gangguan tidur Sleepwalking (Berjalan dalam tidur). Para saintis tersebut kemudian merakan subjek yang sedang tidur. Ketika sedang tertidur dikatil dengan mata yang benar2 tertutup, wanita yang telah diajar gerakan tarian tersebut melakukan gerakan tarian sama seperti yang telah diajarkan sebelumnya.


Ramai orang yang tidak banyak bergerak semasa tidur, tapi otak mereka tetap aktif. Ketika tubuh badan sedang beristirehat, para saintis bersetuju bahawa otak manusia memproses informasi dan peristiwa penting yang baharu sahaja dialami, kemudian kemudian mengintegrasikannya kedalam memori yang luas. Hal inilah yang mungkin menjelaskan mengapa mimpi menjadi terlihat seperti campuran pengalaman baru dan kenangan lama yang agak pelik.

Bermimpi tentang sesuatu yang baharu sahaja dipelajari bolen menjadi tanda bahawa pengetahuan yang baru telah diproses dengan efektif. Dalam kajian tahun 2010 yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology, para pengkaji di Havard Medical School melaporkan bahawa mahasiswa yang bermimpi tentang tugas computer yang telah dipelajari menunjukkan peningkatan 10 kali ganda dalam kemampuannya menyelesaikan tugas dibandingkan dengan mahasiswa yang tidak bermimpi mengenai tugasnya.


Robert Stickgold, salah seorang panel pengkaji Havard, menyarankan bahawa cara belajar yang paling baik ialah sebelum tidur. Sebabnya hal ini akan meningkatkan kemungkinan bermimpi tentang subjek yang telah dipelajari.

Beberapa saintis ada yang mendakwa bahwa proses belajar dapat ditingkatkan dengan cara bermimpi. Mereka meminta para peserta yang terlibat berlatih skill mental sambil tidur.
Dalam kajian pertama yang diterbitkan dalam jurnal The Sport Psychologist pada tahun 2010 dari University Bern, Daniel Erlacher memerintahkan peserta untuk bermimpi membaling Coin ke dalam cawan.
Hasilnya, mereka yang berjaya bermimpi mengenai tugasan tersebut mengalami peningkatan kemampuan dalam membaling coin di kehidupan nyata secara signifikan.

Eksperimen ini semakin memperbesarkan kemungkinan bahawa manusia boleh melatih dirinya sendiri sambil tidur.

Jom kita cuba....











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan