Nufnang

Pengikut

Isnin, 25 Jun 2012

Penyakit Rubela tidak boleh dirawat ?

Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang mengandung bertanya kat saya, kenapa masa kita merancang nak mengandung kena injek dengan doktor. Doktor cakap ianya Vaksin untuk menghindari dari jangkitan Rubela terkena pada bayi dalam kandungan si ibu.

 Apa sebenarnya Penyakit Rubela tu ya...?
 Setakat mana merbahayanya pada nyawa ibu dan bayi dalam kandungan?
Marilah sama-sama kita berkongsi maklumat yang saya kumpulkan dari sebuah majalah kesihatan ni.

Penyakirt Rubela atau dikenali sebagai German Measles merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis Virus yang biasaanya ditemui pada tekak, darah dan najis individu yang dijangkiti.

Rubela biasanya dicirikan dengan bintik-bintik ruam merah. Ancaman Virus Rubela yang paling menakutkan adalah sekiranya ia menjangkiti wanita hamil dalam tempoh 12 minggu atau 3 bulan.
Ini disebabkan Virus Rubela boleh merentasi sistem pertahanan uri dan akhirnya memasuki tubuh janin yang sedang membentuk bayi. Ianya sangat merbahaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...