Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Isnin, 25 Jun 2012

Penyakit Rubela tidak boleh dirawat ?

Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang mengandung bertanya kat saya, kenapa masa kita merancang nak mengandung kena injek dengan doktor. Doktor cakap ianya Vaksin untuk menghindari dari jangkitan Rubela terkena pada bayi dalam kandungan si ibu.

 Apa sebenarnya Penyakit Rubela tu ya...?
 Setakat mana merbahayanya pada nyawa ibu dan bayi dalam kandungan?
Marilah sama-sama kita berkongsi maklumat yang saya kumpulkan dari sebuah majalah kesihatan ni.

Penyakirt Rubela atau dikenali sebagai German Measles merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis Virus yang biasaanya ditemui pada tekak, darah dan najis individu yang dijangkiti.

Rubela biasanya dicirikan dengan bintik-bintik ruam merah. Ancaman Virus Rubela yang paling menakutkan adalah sekiranya ia menjangkiti wanita hamil dalam tempoh 12 minggu atau 3 bulan.
Ini disebabkan Virus Rubela boleh merentasi sistem pertahanan uri dan akhirnya memasuki tubuh janin yang sedang membentuk bayi. Ianya sangat merbahaya.



Jangkitan Virus Rubela pada bayi biasanya dikenali sebagai Sindrom Konginetal Rubela.
Sindrom Konginetal Rubela terutama pada peringkat awal kehamilan ini dianggap merbahaya kerana sifat janin yang baru mula membentuk. Sindrom Konginetal Rubela ini boleh memberikan risiko kecacatan yang tinggi terhadap bayi dalam kandungan termasuk bayi menjadi buta, katarak, hilang pendengaran, masalah jantung, dan adakalanya terencat akal.

Dianggarkan lebih 85% bayi yang dijangkiti dalam tempoh 3 bulan kehamilan terdedah dengan risiko yang merbahaya ini.
Malah wanita hamil yang dijangkiti Sindrom Konginetal Rubela pada akhir tempoh mengandung juga berhadapan denagn risiko bayi yang dilahirkan mempunyai perkembangan yang lambat. Lambat berjalan atau lambat memiliki kepandaian untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang mudah.


 Rubela pada remaja atau orang dewasa dicirikan dengan pening kepala, sakit tekak, demam, dan ruam kecil berwarna merah merupakan sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit.Dan biasanya boleh menjangkiti  kulit dan kelenjar Limfa.

Sehingga kini belum ada rawatan yang dapat mengelakkan atau merawat wanita hamil yang dijangkiti penyakit ini, tetapi Suntikan Vaksin semasa awal kehamilan dapat membantu melindingi wanita dari jangkitan Sindrom Konginetal Rubela ini. Suntikan Vaksin dapat merangsang sistem pertahanan tubuh dengan menghasilkan Antibodi. 

Wanita yang telah mendapat Vaksinnasi perlu menunggu selama 3 bulan sebelum merancng untuk hamil. Vaksin tersebut diperbuat daripada Bakteria yang sama atau sebahagian daripada bakteria yang menyebabkan penyakit tersebut. Bezanya Bakteria yang terdapat didalam Vaksin dan disuntik adalah bakteria yang telah mati atau dilemahkan. Justeru bakteria tidak akan menyebabkan mereka yang disuntik jatuh sakit.

Sistem pertahanan badan akan bertindak balas pada Vaksin yang disuntik kedalam badan ibuyang aakan menyebabkan terbentuknya antibodi yang boleh menghindari dari dijangkiti penyakit ini. Dan akan melindungi ibu dan janin jika sekiranya ibu dijangkiti penyakit ini semasa hamil.

Bagaimanapun sekiranya seseorang wanita itu telahpun hamil , biasanya dia tidak digalakkan untuk diberi Vaksinasi. Imunisasi ini tidak dilakukan terhadap wanita yang hamil. Gejala Rubela ialah menggigil, sakit kepala, bersin, batuk, sakit tekak, dan suhu badan agak panas. Selepas gejala-gejala ini, ruam akan timbulbermula dari muka, leher, dan seluruh badan. Kelenjar pada leher juga mungkin akan sediit bengkak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan