Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Ahad, 15 Julai 2012

Beberapa Kebiasaan Buruk Yang Menjejaskan Kecantikan


Sudah lumrahnya sebagai wanita kita akan melakukan banyak hal untuk menjaga kecantikan tubuh badan secara keseluruhan. Luar dan dalam.Tidak terlalu ssukar jika anda inginkan penampilan yang cantik, kemas dan mempesona.

Ingat, jelita bukan diukur dari wajah yang sempurna bak super model. Tapi ianya bergantung dari cara individu itu sendiri menghargai apa yang ada pada dirinya dan tidak menyia-nyiakan anugerah yang diberi walau macam manapun bentuk wajah dan tubuh kita.

Perkara yang sering menjadi kebiasaan buruk ialah :


  •     Malas membersihkan sisa solekan diwajah sebelum tidur.
Ini merupakan kesalahan yang sering dilakukan oleh sebahagian besar wanita diluar sana. (Termasuklah diri saya..he.he..). Ramai wanita yang malas membersihkan wajah sebelum tidur setiap hari. Padahal rutin ini untuk menjaga kulit wajah dari segala kekotoran, sisa solekan yang mungkin mengandungi bahan kimia dan habuk. Jika berterusan begini dikuatiri nanti kulit wajah akan menjadi kusan dan berjeragat serta cepat Nampak tua. Sebelum tidur seelok-eloknya basuhlah wajah dengan bersih, kemudian gunakan pelembab atau krim malam untuk memberikan vitamin pada kulit anda. Sisa solekan yang tidak dibersihkan akan bercampur dengan keringat dan menyumbat liang poro-pori kulit.

Jika terpaksa tidur dengan solekan diwajah mungkin disebabkan terlalu penat atau mengantuk, keesokan harinya mestilah cepat dibersihkan. Selepas itu teruskan dengan penggunaan scrub muka untuk mengangkat segala kekotoran yang tertinggal.

  • Salah membersihkan alas bedak atau foundation. 
Memilih alas bedak yang sesuai dengan kulit wajah adalah langkah awal untuk rias wajah yang sempurna. Kerana alas bedak mampu menutupi kedut dan cela diwajah dan kulit wajah akan nampak segar dan berseri jika betul cara menggunakannya.

Bersihkan alas bedak dengan menggunakan makeup remover atau susu pembersih biasa. Selepas menyapu dan mengurutkan sedikit makeup remover atau cleansing milk kekulit wajah, lap dengan bersih menggunakan kapas muka, selepas itu barulah dicuci macam biasa dengan menggunkan sabun muka sehingga bersih.


  • Melupakan bahagian leher dan belakang telinga.
Ramai di antara kita yang hanya memberikan penjagaan khas pada wajah tetapi melupakan kawasan leher dan belakang telinga yang sama pentingnya. Wallaupun kita bertudung, kawasan leher dan belakang telinga tidak boleh ditinggalkan ketika bersolek atau membersihkan wajah.

Jika menggunakan bedak dan alas bedak, sapulah sekali kawasan leher supaya tidak nampak perbezaan yang ketara antara wajah dengan leher. Jangan nanti muka bukan main putih tapi tengok leher...ya allah....!! Belakang telinga plak berkerak...!


  • Memakai pemerah pipi sekedarnya sahaja (asal jadi, asal sapu).
Fungsi pemerah pipi untuk memberikan rona segar pada wajah kita, nampak muda dan ceria. Cara memakai pemerah pipi yang tidak betul akan membuatkan wajah kita nampak pelik. Sapukan pemerah pipi sedikit dan rata dikawasan searah dari tulang pipi ke pelipis, bukan menuju telinga.

Ingat, sapukan nipis sahaja dan jangan gunakan warna yang terlalu terang seperti merah menyala. Cukuplah gunakan secara samar-samar tapi rata. Kalau tebal sangat nanti nampak macam badut pulak..
  •  Mengeringkan rambut dengan tuala.
Bukan tak boleh mengeringkan rambut dengan menggunakan tuala, ialah bukan semua memiliki hair blower kan...Tetapi janganlah gosok rambut terlalu kuat, cukup tekap-tekap sampai kekulit kepala. Lepas tu biarkan rambut tu kering sendiri. Kalau yang berambut pendek tak ada masalah sangat nak mengeringkan rambut. Tapi kalau rambut panjang tu cuba gunakan hair blower yang sederhana kepanasannya.
  • Menggunakan pengering rambur terlalu panas.
Meskipun sangat membantu dalam penataan rambut, menggunakan hair blower atau pengering rambut terlalu panas akan merosakkan rambut kita. Rambut akan mudah patah dan rosak. Untuk mengurangkan kerosakan rambut, setiap selepas bershampoo cubalah sapukan dengan leave conditioner iaitu pelembab rambut yang tak perlu dibilas. Ianya akan melindungi rambut sehingga rambut tak mudah rosak.
  • Menggigit kuku.
Ada ke? Memang nampak pelik. Tapi pada sebahagian orang, menggigit kuku merupakan kebiasaan ketika gelisah. Tetapi bukannya tak ada orang yang menggigit kuku hanya kerana senang melakukannya. Menggigit kuku, akan mengakibatkan pola pertumbuhan kuku menjadi tidk teratur. Kuku menjadi raapuh dan hujung kuku akan bergerigi.

Cuba tahan diri dari kebiasaan ini, minta bantuan orang lain untuk cuba mengingatkan kita supaya tak mengigit kuku. Penyelesaian lainnya ialah cuba gunakan kuku palsu. Hah...gigitlah kuku palsu tu puas-puas..haha.
  • Sering melupakan krim UV atau krim pelindung matahari.
Krim pelindung matahari sangat penting untuk melindungi kulit kita dari kerosakan akibat radikal bebas, akibat cahaya UV matahari yang tak baik untuk kesihatan kulit kita.

Memakai krim sunblock atau pelindung matahari juga boleh menghindari kulit kita dari dditumbuhi jeragat. Krim ini sebaik-baiknya dipakai sebaik usia mencecah 20 tahu dan kalau boleh jangan keluar rumah tanpa menggunakannya. Kalau tak nanti kulit akan banyak ditumbuhi jeragat dan tompok-tompok gelap sebaik usua mencecah 30an.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan