Nufnang

Pengikut

Ahad, 15 Julai 2012

Teknik Bertengkar atau mengawal rasa marah Yang Betul

Ada ke bertengkar dan marah pun perlukan teknik?
Hah..jangan tak tahu semua benda perlu ada teknik.
Ni teknik bertengkar yang betul yang boleh korang amalkan masa bertengkar tu. Bukanlah akak ni nak mengajar korang bertengkar plak. Tapi kalau sesekali atau suatu hari tekehel tu ikut panduan ni...
  • Tuliskan ketidak puasan hati kedalam kertas, kira macam tulis surat gitu. Mungkin masa tu rasa marah anda sangat membuak-buak sehingga tak mampu lagi ditahan, bila berbincang terus nanti akan lebih parah jawabnya.. Tulis semuanya sehingga yang terbuku keluar melalui tulisan tersebut lalu berikanlah pada pasangan atau kepada sesiapa yang anda marahkan. Jangan pulak tulis kat wall FB habis satu dunia tahu masalah korang...
  • Hindari pertengkaran ditempat tidur. Kerana ini akan menimbulkan kenangan yang tak baik buat korang. Nanti bila dah baik, nak bermesra-mesrapun terbantut sebab ingatkan pertengkaran yang korang pernah buat kat katil tu...tak baik...
  • Tunjukkan bahawa anda juga memerhatikannya. Jangan beranggapan bahawa pasangan anda mahukan hubungan seksual seperti anda, bila seks merupakan satu bentuk kemaafan dari anda tanyakanlah pada pasangan apakah dirinya bersedia seperti anda...atau carilah cara lain sebangai ungkapan anda berdua telah berbaik.
  • Hindari kekerasan, menangis teresak-esak, emosi yang meledak-ledak, ataupun melontarkan sesuatu yang bukn merupakan penyelesaian yang baik. Habis pinggan mangkuk kat rumah dibaling kat suami, bila dah berbaik nanti merayu-rayu suami mintak belikan pinggan mangkuk yang baru...tak baik hehe..
  • Dengarkanlah penjelasannya terlebih dahulu, jangan hanya memberikan alasaan-alasan yang akan lebih memburukkan lagi hubungan. Biarkan pasangan memberikan penjelasan dan sebab-sebab yang rasional atas tindakannya tersebut.
  • Tetapkan perhatian pada permasalahan tersebut, jika permasalahan tersebut tak juga mempunyai penyelesaian rehatlah sekejap. Lakukan dulu kegiatan lain sehingga anda sudah agak reda dari tekanan dan boleh kembali kefikiran yang jernih untuk menyelesikan masalah tersebut.
  • Ketahuilah bahawa orang yang salah tidak sepenuhnya salah, dan orang yang betul juga tidak sepenuhnya betul.
  • Rehat sekejap jika anda berasa amat marah terhadap sesuatu perkara, jangan terus mengutarakannya pada pasangan, cuba fikirkan lagi permasalahan tersebut. Bila sudah tenang barulah ungkapkannya pada pasangan apa sahaja yang membuatkan anda berasa amat marah.
  • Kadang-kadang anda memerlukan orang lain sebagai orang tengah untuk bagi permasalahan anda. Tapi ingat..jangan salah cari orang nanti bertambah besar pulak masalah anda. Carilah seorang pakar psikologi atau penasihat keluarga yang boleh memberikan penyelesaian yang adil untuk anda berdua.
  • Tetaplah bergurau senda dengan pasangan  bila masalah anda sudah berakhir, jangan jadikannya  jurang untuk hubungan anda berdua. Pasangan yang berjaya menyelesaikan masalah akan saling jujur, toleran, bersedia untuk berkompromi dan semakin matang dalam hubungan anda berdua.
Namun jangan pulak pertengkaran anda tiada penghujung, dan tidak dapat mencari penyelesaiannya kerana sebab-sebab yang anda lakukan semakin menyemarakkan lagi rasa marah anda berdua. Dalam bertengkarpun adaa pantangnya, dan perlu diikuti kerana kalau masing-masing mengikutkan emosi tanpa menjaga perasaan pihak yang satu lagi maka pertengkaran itu akan menjadi semakin berlarutan.

Sebaik-baiknya jangan sekalipun ucapkan yang anda menyesal berkahwin dengan pasangan, atau sesuatuyang boleh menjejaskan maruah. Jika ianya berlaku maka bukan tak mungkin pertengkaran tersebut akan berlarutan sehingga kemahkamah syariah dan akhirnya bercerai. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak...kesian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan