Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Selasa, 27 November 2012

Cantik Itu Abstrak

Pernahkan anda melihat lelaki kacak berpasangan dengan wanita sederhana, atau wanita cantik yang berpasangan dengan lelaki yang biasa?
Inilah realiti hidup yang secara tak langsung membuktikan yang sebenarnya cantik itu abstrak. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Hanya pasangan yang tahu menilai keindahan yang dimiliki pasangannya. Kadangkala mata kita mengatakan wanita itu tidak cantik, tetapi suaminya melihaat isterinya sangat cantik dimatanya begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, kecantikan wajah hanyalah bersifat sementara, sebaliknya kecantikan yang hakiki ialah keindahan budi pekerti dan akhlak yang mulia seorang wanita.


Mengikut hukum syarak, kecantikan itu terletak pada batas-batas yang ditentukan Allah.
Seseorang akan bertambah cantik dan mulia sekiranya dia memelihara agamanya. Misalnya memakai pakaian yang menutup aurat, menjaga silaturrahim sesama keluarga, menjaga batas-batas pergaulan dan banyak lagi.

Kita sedia maklum, rawatan kecantikan wajah secara tradisional dan moden telah menguasai pasaran sekarang ni. Amatlah digalakkan seorang wanita menjaga dan mengekalkan kecantikan wajah dan tubuh badannya mengikut kemampuannya. Kecantikan seseorang itu akan terpancar dari wajahnya melalui amalan berwuduk dan shalat lima waktu serta menghiasi akhlaknya.

Membaca Al-Qur'an juga antara kaedah berkesan untuk ketenteraman jiwa. Hal ini kerana Al-Qur'an merupakan penawar kepada semua penyakit insan yang memohon dari-Nya.Seharusnya setiap manusia haruslah menerima hakikat bahawa proses penuaan akan berlaku terhadap dirinya, itu sudah lumrah alam. Bergantung pada kita macam mana nak menanganinya.

Tak salah kita menjaga wajah dan tubuh badan kita supaya sentiasa cantik, sihat dan menawan malahan kita sentiasa digalakkan untuk kelihatan cantik dan menarik.

Sekiranya kita beriman kepada Allah, kita akan menerima ujian yang datang ini dengan hati yang senang dan terbuka. Sehingga tidaklah kita terjerumus kelembah syirik seperti memakai susuk, berjumpa bomoh untuk meminta tangkal-tangkal yang akhirnya akan menghancurkan kita juga lambat laun.

Kecantikan duniawi hanyalah sementara dibandingkan dengan kecantikan hakiki yang kekal selamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 ulasan:

  1. ya..cantik itu abstrak..

    cantik juga ujian...:)

    BalasPadam
  2. cantik itu pelbagai
    atas pandangan stiap insan
    yg melihatnya...

    BalasPadam
  3. It's really a nice and useful piece of info. I am satisfied that you just shared this useful information with us. Please stay us informed like this. Thanks for sharing.
    my page > You Can Try These Out

    BalasPadam
  4. Wonderful beat ! I would like to apprentice while you amend your website, how can i subscribe for a blog
    website? The account helped me a acceptable deal.
    I had been a little bit acquainted of this your broadcast provided bright clear idea

    Also visit my page - somanabolic muscle maximizer review (youtube.com)

    BalasPadam