Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Ahad, 18 November 2012

Penagih Dadah Khayal Kelar Anak 11 Bulan.

Seorang bapa yang dipercayai khayal disebabkan dadah, telah mengelar bayinya yang baru berumur 11 bulan 20 hari di sebuah rumah di FELDA Panching Selatan, Kuantan.
Bayi yang bernama Nur Amirah dikelar lehernya menggunakan senjata tajam dalam bilik tidur tanpa disedari oleh ibunya Suzie Jarip 26, dan neneknya Noriyah Wan Yaacob 48 yang juga ibu kepada suspek.

Wan Noriyah berkata, beliau sedang berbaring diruang tamu rumah, manakala suspek dibilik bersama seorang lagi anak mereka, Muhammad Al Amin yang berusia dua tahun, terkejut mendengar jeritan menantunya Suzie.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, Suzie keluar bilik sekejap untuk mengambil air di dapur, tetapi apabila

 masuk semula dia terus menjerit melihat anaknya Nur Amirah tekulai diatas tilam dengan berlumuran darah dilehernya.



Nur Amirah ketika itu nampak sudah tidak bernyawa dan bapanya pula seperti dirasuk, masih memegang pisau dan seolah - olah tidak menyesali perbuatannya itu.

Ketika ditanya kenapa dia melakukannya, suspek hanya menjawab lebih baik dibunuh sebelum orang lain mengambil anaknya.
Wan Noriyah tidak menyangka anak keduanya daripada tujuh beradik itu sanggup melakukan perkara kejam begitu dengan anak sendiri.

Dua tiga hari sebelum kejadian, dia berperangai pelik dan kelihatan selalu gelisah. Dan mengasah pisaunya beberapa kali dan berkata ada orang mahu mengngganggu anak dan isterinya.
Suspek kemudiannya menghubungi polis selepas mengelar anaknya.

Suspek akhirnya ditahan di Balai Polis Jaya Gading.
Hasil pemeriksaan awal air kencing suspek positif dadah jenis Methamphetamin.
Semakan rekod jenayah suspek memiliki 3 rekod jenayah lampau membabitkan kes syeksyen 377(C) - kanun keseksaan pada 2003, seksyen 380 pada 2007 dan seksyen 147 pada 2008.

Suspek ditahan selama dua minggu bagi tujuan siasatan seksyen 302 kanun keseksaan.

Sumber : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan