Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Ahad, 25 November 2012

Petua Awet Muda

Kengkawan semua tentu sedia maklum akan khasiat herba tradisional seperti cekur/kencur, kunyit, mengkudu, dan banyak lagi tumbuhan dalam kategori herba yang boleh digunakan untuk keperluan kesihatan diri. Dan boleh pula ditanam sendiri dipekarangan rumah kalau rajin dan ada masa serta ada kawasan tempat menanam...

Cekur misalnya telah digunakan secara meluas di negara Jiran kita Indonesia sebagai herba yang boleh mengubati sakit perut, muntah, sakit gigi sakit kepala, batuk, demam, keracunan makanan, kejang otot, menghangatkan badan, rempah masakan dan juga sebagai ibu segala ubat awet muda, dan untuk kecantikan.



Permintaan yang sangat tinggi terhadap herba ini terbukti apabila sentiasa terdapat kekurangan bekalan cekur ini untuk memenuhi permintaan kilang-kilang jamu, kosmetik dan farmasi.
Menyebabkan Indonesia terpaksa mengimport cekur dari negara lain seperti China, Myanmar, Vietnam dan India.

Amalkanlah mengambil cekur dalam pemakanan sehari-hari, campurkannya dengan tumisan pucuk ubi, karabu, pecal, minum airnya dan daunnya boleh dibuat ulam. Rasanya agak manis dan tidak pahit.


Cara untuk membuat jamu awet muda pun mudah sahaja.
Bahan-bahannya :

  1. Ambil halia sebesar ibu jari
  2. Ibu kunyit sebesar ibu jari
  3. Segenggam cekur/kencur
  4. Dua gelas air
Caranya :

Mesin halus/blender semua bahan-bahan tersebut dan didihkan diatas api yang perlahan. Kemudian Masukkan bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, gula melaka/gula merah, asam jawa dan secubit garam.

Didihkan selama 15 minit, bila nak minum barulah campurkan denagn kuning telur (kalau suka) dan madu lebah.
InsyaAllah berkesan sangat.....
Cubalah rajin-rajinkan diri.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan