Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Selasa, 20 November 2012

Susuk Masih Digunakan Wanita Moden?

Antara cantik moden, cantik tradisi, atau cantik alternatif..Mana satu menjadi pilihan wanita moden sekarang ni..?

Jom...sama-sama kita intai-intai...
Mungkin ramai yang masih ingat dialog dalam cerita dongeng Snow White and the Seven Dwarf. :
" Mirror, mirror on the wall, who is the pretiest woman in the world?"
Ceira dongeng tersebut mengingatkan kita betapa kecantikan amat bernilai dalam diri seorang wanita.
Kecantikan membuatkan kita lupa, kecantikan membuatkan kita alpa, dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkannya.





Beberapa cara untuk cantik kita sedia maklum seperti rawatan wajah dirumah, disalon, atau dipusat2 kecantikan pakar kulit yang tumbuh macam cendawan selepas hujan.
Selain itu juga melalui vitamin2 dan suplement kecantikan yang ada yang telah terbukti keberkesanan dan keselamatannya, banyak juga yang dijual diluar sana ada mengandungi bahan kimia merbahaya.

Menurut seorang pakar pebidanan tradisional, mengakui susuk masih menjadi pilihan wanita moden walaupun tahu kesan yang akan dialami dibelakang hari. Bukan calang-calang wanita yang menggunakannya, ada wanita dikalangan VIP dan artis terkenal.

Susuk dikategorikan sebagai amalan sihir yang haram digunakan.
Bahan-bahan yang dimasukkan kedalam badan seperti logam besi, jarum, emas, serbuk emas, jarum tembaga, intan atau berlian dimasukkan kedalam wajah atau tubuh yang disertai dengan jampi serapah tanpa mencederakan sipemakai.

Susuk akan ditanam pada anggota-anggota badan seperti pipi, dagu, bibir, payudara, alat sulit untuk tujuan tertentu. Susuk diikat dengan pantang larang, andai melanggarnya si pmakai akan mendapat wajah yang hodoh daripada wajah asalnya.

Bagi saya pula, untuk cantik lebih baik kaum wanita rajin mandi bunga untuk menyegarkan tubuh sekaligus membentuk keyakinan diri. Bacalah Alfatihah 3x dan Shalawat keatas Nabi 3x dan bacalah niat didalam hati supaya diberi kecantikan dalaman dan luaran yang kekal.

Tetapi jangan pula terlalu percaya atau taksub dengan kuasa mandi bunga tersebut, nanti jadi syirik pula. Haram jadinya....
Kita hanya ambil harumannya sahaja, dan amalkan membaca Surah Yusuf setiap malam, atau kalau tak boleh buat setiap malam cukuplah baca setiap malam Jumaat.

Jangan dilupakan supliment seperti Vitamin E, Vitamin C, dan produk rawatan yang sesuai dengan kulit wajah dan badan anda, tak perlu mahal kalau tak mampu, cukuplah yang murah dan elok kualitinya yang banyak dijual di farmasi atau shopping complex.

Bagi yang rajin melakukan rawatan tradisional pula merupakan satu bonus, sebab herba tradisional seperti kunyit, cekur, daun sirih, limau nipis memang sudah diakui keberkesanannya sejak turun temurun.

Sekian....Semoga bermanfaat hendaknya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan