Nufnang

Pengikut

Sabtu, 19 Januari 2013

Petua menghilangkan kesan hitam dan parut jerawat

Ramai yang mengalami masalah tanda-tanda hitam dimuka dan parut jerawat yang memang agak susah nak dihilangkan.

Jangan risau, anda boleh cuba cara dibawah ini:
  • Ambil segenggam daun pegaga, 
  • Segenggam beras, 
  • Sedikit air,
  • Kisar semua bahan sehingga menjadi halus,
  • Sapukan ke bahagian muka dengan rata sebelum tidur,
  • Biarkan sampai keesokan harinya dan bolehlah dibasuh seperti biasa.
Kulit wajah anda akan terasa sejuk dan nyaman, dan parut jerawat serta kesan-kesan hitam dimuka akan hilang dalam masa seminggu dua sahaja.

Insyaallah....
Daun pegaga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua Merawat Rambut Gugur

Anda runsing bila setiap kali mandi banyak rambut yang gugur? Saya pernah mengalaminya, ramut gugur dengan banyak setiap kali disikat atau dishampoo... Mungkin disebabkan hormon atau pemakaian tudung yang terlalu lama membuatkan akar rambut menjadi senang tercabut dan tak kuat.

Untuk mengatasinya mudah saja.

Caranya :
  • Ambil segenggam kacang hijau,
  • Rebus sehingga air rebusan berwarna kehijauan,
  • Jangan sampai airnya kering pulak, biarkan sejuk seketika,
  • Sapukan pada rambut dan biarkan semalaman,
  • Keesokan harinya barulah dicuci seperti biasa dengan shampoo rambut.
Amalkan setiap hari selama lebih kurang tiga minggu, insyaallah rambut anda tidak gugur lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...